Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Kelebihan Limau Purut Untuk Kesihatan Yang Anda Tidak Tahu

2,380

Limau Purut

Apabila sebut limau purut pasti ramai terbayangkan kulitnya yang hodoh. Walaupun rupanya tidak cantik, namun terdapat beberapa kelebihan dan khaisatnya yang kita tidak tahu. Tapi semestinya ramai tahu daunnya bukan? Sebab selalu jumpa dalam masakan tomyam.
Kali ini kita lihat apakah kegunaan buahnya pula dalam kehidupan seharian kita.

1 . Masalah Kulit Kepala Kering

Selain mengunakan santan dan hampas kelapa, kita juga boleh mengunakan limau purut untuk dijadikan sebagai skrub.

Cara-cara penyediaan skrub ini:

  • Bersihkan limau purut
  • Potong sedikit limau nipis tersebut supaya lebih senang untuk dikisar.
  • Kisar limau perut dengan air yang sedikit dan jika anda inginkan limau tersebut pekat kisar limau purut sekejap.
  • Masukkan limau tersebut di dalam bekas.
  • Simpan limau tersebut di dalam peti sejuk.

Langkah-langkah mengunakan skrub limau purut:

  • Lumurkan skrub ini seperti anda mengunakan syampu.
  • Lakukan urutan di kulit kepala lama sedikit.
  • Biarkan sebentar dalam 5 minit.
  • Kemudian cuci rambut anda seperti biasa.

rambut lebat

2 . Menghilangkan Bau Badan

Bagi anda yang mengalami bau badan limau purut boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

Bahan-bahan:

  • Daun limau purut
  • Limau purut.

Cara-cara penyediaannya :

  • Hiriskan daun limau purut
  • Campurkan air perahan limau purut untuk dijadikan mandi air wap.
  • Gunakan air perahan limau ke seluruh badan.
  • Biar kan selama 20 hingga 30 minit dan biarkan sehingga kering.
  • Bilas badan anda sehingga bersih. Di samping mendapat bau yang harum, sekaligus kulit anda menjadi lembut.

daun limau purut

3. Merawat Resdung

Cara Penyediaan :

  • Belah limau purut
  • Perahkan limau ini untuk mendapatkan jusnya.
  • Ambil beberapa titik menggunakan “straw” dan titikkan perlahan-lahan ke dalam lubang hidung dalam posisi mendongak.
  • Ulangi rawatan seminggu 3x atau sehingga sembuh

4. Pewangi Semulajadi

Cara Penyediaan :

  • Parut kulit limau purut
  • Letakkan kulit yg diparut tu ke dalam bekas
  • Letakkan atas meja atau kabinet atau mana-mana tempat yang sesuai di dalam rumah atau kereta

buah limau purut

5. Menegangkan Dan Melicinkan Kulit Muka

Cara Penyediaan :

  • Ambil putih telur ayam kampung.
  • Campur dengan perahan air limau purut.
  • Sapukan pada muka macam pakai masker.
  • Jangan ketawa atau bercakap semasa memakai ramuan ni nanti kulit berkedut.
  • Selepas kering, cuci dengan air suam dan kemudian bilas dengan air biasa (air sejuk/ air paip).
  • Amalkan sekali seminggu.

kulit muka licin

6. Mengatasi Masalah Kulit Kering Dan Bersisik

Cara Penyediaan :

  • Sebiji buahnya diambil kemudian dibelah dua.
  • Kemudian disental pada kulit yang bermasalah(bersisik).
  • Biarkan beberapa ketika sebelum dicuci dengan air bersih.
  • Rawatan ini seeloknya diamalkan setiapkali anda mandi.

7. Merawat Keletihan Dan Kepenatan

Cara Penyediaan :

  • Dapatkan dua atau tiga genggam daunnya kemudian dicuci bersih.
  • Setelah itu daun tadi direbus dengan air secukupnya untuk tujuan mandian.
  • Setelah suam, mandilah dengan air rebusan tadi.
  • Badan anda akan kembali segar dan bertenaga.

segar

8. Menanggalkan Kesan Kotoran Yang Degil

Ia amat sesuai untuk mencuci baju putih yang terlekat kotoran degil.

Cara Penyediaan :

  • Gunakan tiga bahan iaitu buah limau purut, kapur sirih.
  • Basuh baju putih tersebut dengan air suam.
  • Letakkan kapur sirih tersebut di kotoran degil.
  • Perah air limau tersebut.
  • Sental kotoran tersebut, rendam baju tersebut selama 5 hingga 15 minit.
  • Bilas baju dengan air suam.

baju putih

9. Mengatasi Masalah Gigi Kuning

Minum kopi dan juga merokok boleh mengakibatkan gigi kuning, pastinya anda tidak mempunyai masa untuk ke klinik pergigian untuk mengatasi masalah ini. Jangan khuatir, kerana remedi ini boleh dilakukan di rumah sahaja.

Cara penyediaannya :

  • Gunakan dua bahan ini iaitu daun limau purut dan sedikit garam.
  • Tumbuk garam tersebut sehingga nipis dan dan campurkan daun limau tersebut.
  • Gunakan campuran tadi sebagai ubat gigi anda.
  • Amalkan sehingga masalah kekuningan gigi dapat diatasi.

gigi

10. Menghalau Dan Mengelakkan Ular Dari Masuk Ke Rumah

Bau limau purut ini mampu menghalau dan mnghalang dari haiwan yang tidak diingini daripada masuk kerumah.

Cara penyediaannya :

  • Potong limau purut kecil-kecil.
  • Letakkan dibahagian rumah yang tersembunyi yang dikhuatiri haiwan-haiwan seperti ular bersembunyi.

Banyak juga kelebihan dan khasiat limau purut ini. Selain untuk masakan, ianya amat berguna untuk kegunaan lain.

Jom kita cuba manfaat kelebihan dan khasiat limau purut ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...