Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

11 Kesalahan Yang Tidak Patut Calon Lakukan Semasa Interview Dijalankan

1,412

Mungkin kesalahan-kesalahan yang akan disenaraikan nanti nampak kecil atau remeh pada anda. Tetapi kesannya sangat tinggi untuk pemarkahan dan pada panel penemuduga itu sendiri. Takut juga peluang anda akan terlepas begitu sahaja walaupun kelihatan remeh. Maklumlah, pendapat dan pandangan orang tidak sama. Begitu juga dengan penemuduga.

Jadi, ambil pengajaran dan iktibar daripada perkongsian daripada salah seorang panel penemuduga apabila beliau sendiri menyenaraikan 11 kesalahan yang didapati daripada beberapa calon yang hadir temuduga bersama beliau.

Diharap para calon ambil perhatian dan jangan ulangi kesalahan yang dilakukan oleh calon sebelum ini dan buat penambahbaikan agar anda lulus cemerlang dalam interview anda.

12 SENARAI KESALAHAN CALON TEMUDUGA

1. TIDAK MEMBERI SALAM

Terdapat ramai calon yang masuk ke bilik temuduga tanpa memberi salam atau sebarang ucapan pengenalan. Panel penemuduga akan berikan kredit tambahan kepada calon yang memberikan salam kepada mereka.

2. MUKA TIDAK BERMAYA

Ramai juga calon yang hadir temuduga tanpa sebarang mekap apabila hadir temuduga dengan muka yang polos tanpa bedak, bibir yang pucat dan tidak bermaya. Para panel memerlukan calon yang cergas dan sentiasa bersemangat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

3. RAMBUT TIDAK TERURUS

Kebanyakan masalah ini didapati pada calon lelaki. Hadir temuduga dengan rambut yang panjang dan tidak terurus sehinggakan panel penemuduga pula yang rimas melihat penampilan calon.

4. TALI LEHER LONGGAR

Sudahlah rambut tidak terurus, tali leher longgar, seluar sedikit londeh dan kasut yang tidak sesuai dengan etika pemakaian. Ada pula yang memakai tali leher dengan corak kartun dan tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon.

5. PENYEDIAAN DOKUMEN

Ada juga calon yang hadir temuduga dengan memasukkan semua dokumen ke dalam sampul surat. Menjadi satu masalah dimana para panel perlu keluarkan dokumen anda dan asingkan satu persatu untuk membuat semakan sijil dan sebagainya. Apa salahnya laburkan sedikit wang untuk menyediakan sususan dokumen ke dalam fail / folder yang lebih kemas dan terususun. Sejuk mata panel penemuduga memandang.

6. DOKUMEN TIDAK LENGKAP

Menyedihkan apabila calon hanya menyerahkan dokumen penting mereka iaitu transkrip dan ijazah sahaja. Tidak lengkap dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Lihat sini apakah dokumen yang perlu dibawa serta cara susunan yang betul disini: Tips Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume.

7. RESEARCH SYARIKAT

Ramai calon yang tidak membuat research atau mencari maklumat mengenai syarikat, skop tugas serta jabatan yang bakal calon ditempatkan. Mengecewakan panel penemuduga apabila jawapan yang diterima adalah tidak tahu dan tidak pasti. Sekurangnya dapatkan maklumat mengenai pencapaian syarikat, skop tugasan, nama pengerusi dan CEO serta misi dan visi syarikat tersebut.

8. LONTARAN SUARA YANG TIDAK JELAS

Gunakan daya dan nada yang betul ketika menjawab soalan penemuduga. Ada calon yang memberikan jawapan sehingga penemuduga meminta calon untuk ulang semula jawapan. Suara calon tidak jelas dan tidak didengari oleh panel penemuduga. Jadi, praktiskan untuk bersuara dengan lebih jelas agar jawapan yang diberikan memuaskan hati panel penemuduga.

9. AKTIF KOKURIKULUM

Pesanan ini ditujukan khas buat calon yang masih belajar. Sila aktif dalam kokurikulum tidak kira anda aktif dalam sukan, persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Sediakan transkrip kokurikulum yang jelas disertai penanda aras yang menunjukkan anda adalah calon paling sesuai untuk jawatan tersebut.

10. MEMILIH TEMPAT KERJA

Jangan memilih tempat kerja. Setiap tempat kerja yang diletakkan pastinya ada hikmahnya yang tersendiri. Kutip segala ilmu dan pengalaman yang ada. Pastikan anda menjadi seorang pekerja yang mempunyai ilmu dan berkomitmen dnegan kerjaya anda.

11. SENTIASA MENCARI PEKERJAAN

Anda perlu sentiasa mencari pekerjaan baru walaupun sekadar part time dan tips ini perlu dipraktikkan oleh anda yang baru tamat belajar. Ini kerana anda akan sentiasa mempunyai kemahiran baru dan terkini dari semasa ke semasa. Jika anda mohon kerja ditempat lain, pastinya anda menjad rebutan kerana andalah calon yang dicari oleh para majikan pada masa kini.

11 Kesalahan Yang Tidak Patut Calon Lakukan Semasa Interview Dijalankan

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...