Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MARA: 13 Senarai Bantuan / Pinjaman Perniagaan. Semak Syarat Permohonan Disini

3,730

Para usahawan pastinya sudah biasa dengan kemudahan bantuan atau pinjaman MARA yang disediakan buat mereka untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan yang mereka usahakan.

Terdapat pelbagai jenis bentuk pinjaman atau bantuan yang disediakan oleh pihak MARA kepada usahawan dan disini disenaraikan sebanyak 13 jenis kemudahan pinjaman / bantuan yang anda semua perlu tahu.

Malahan kemudahan bantuan atau pinjaman yang diberikan juga tidak berbentuk wang ringgit sahaja, tetapi dalam bentuk peralatan, bimbingan serta pelbagai lagi.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui syarat serta pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kemudahan bantuan / pinjaman MARA.

13 SENARAI BANTUAN / PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Terdapat 13 senarai bantuan / pinjaman yang ditawarkan oleh MARA kepada usahawan dan keistimewaan yanga ada pada kemudahan ini ialah ianya patuh syariah, mudah dan cepat prosesnya.

Kemudahan pembiayaan tersebut ialah:

  • Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  • Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  • Skim Pembiayaan (DananITA) (Khusus buat usahawan wanita Bumiputera)
  • Program Mobilepreneur Food Truck
  • Program Rantaian Industri (PRiN)
  • MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  • Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  • SPiM Tekno
  • Program Galakan Eksport (GEB)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

INFO RINGKAS SENARAI BANTUAN / PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Berdasarkan 13 jenis senarai bantuan / pinjaman perniagaan MARA, berikut adalah info ringkas mengenai bantuan / pinjaman tersebut.

SKIM PEMBIAYAAN BELIA (PUTRA)

  • Menggalakkan penyertaan golongan belia dan lepasan IPMa dalam perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan (pertanian dan penternakan adalah dikecualikan).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa.
  • Generasi muda/belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa pemohonan.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Perniagaan patuh Syariah.

SKOP & JUMLAH HAD PEMBIAYAAN

  • Belian aset perniagaan
  • Modal pusingan
  • Had pembiayaan RM10,000

TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN

  • Maksima 3 tahun dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan

SKIM PEMBIAYAAN LEPASAN INTITUSI PENDIDIKAN MARA (SEMAi)

  • Disediakan untuk lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan berjaya menamatkan pengajian.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Mendapat sokongan pengawal pusat IPMa berkaitan.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Perniagaan patuh Syariah.

HAD PEMBIAYAAN

  • Had pembiayaan : RM50,000.00

TEMPOH BAYARAN

  • 5 tahun tertakluk kepada jumlah pembiayaan

SKIM PEMBIAYAAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

  • Khusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 

  • Bantuan ini adalah dikhususkan kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental.
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  • Berusia 18 hingga 60 tahun.
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Mengemukakan kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan.
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Perniagaan patuh Syariah.

HAD PEMBIAYAAN PINJAMAN

  • Had pembiayaan untuk bantuan ini ialah: RM50,000.00

TEMPOH BAYARAN PINJAMAN

  • 15 tahun dan  tertakluk kepada jumlah pembiayaan

SKIM PEMBIAYAAN TEKNIKAL (PUTEK)

  • Bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada kemahiran dimiliki.
  • Juga dibantu untuk membina asas / tapak perniagaan masing-masing dalam satu tempoh masa tertentu sehingga mampu untuk berdikari dan menguruskan perniagaan sendiri.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  • Berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta.
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Mempunyai tapak/premis/bengkel perniagaan.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam bulan dan tidak melebihi 5 tahun.
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Perniagaan patuh Syariah.

SYARAT KHUSUS PERMOHONAN 

  • Perbelanjaan bagi perlindungan insuran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan Kos Senggaraan adalah tanggungan pelanggan.

JUMLAH PEMBIAYAAN

  • Minimum : RM3,000.00
  • Maksimum : RM500,000.00

TEMPOH BAYARAN PINJAMAN

  • Maksima 5 tahun dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan

SKIM PEMBIAYAAN (DananITA)

  • Ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera untuk menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  • Berumur antara  18 hingga 60 tahun.
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Memiliki akaun simpanan sekurang-kurangan bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan.
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Perniagaan patuh Syariah.

JUMLAH PEMBIAYAAN

  • RM50,000.00

TEMPOH BAYARAN PINJAMAN

  • Maksima 10 tahun dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan

PROGRAM MOBILEPRENEUR FOOD TRUCK

  • Menggalakkan penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak mobilepreneur khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini dengan menyediakan kemudahan pembiayaan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  • Berumur antara18 hingga 60 tahun.
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan.
  • Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas).
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Perniagaan patuh Syariah.

SYARAT KHUSUS PERMOHONAN

  • Pemohoan mestilah memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah
  • Cadangan dan lokasi perniagaan mendapat pre-approved daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT)
  • Mengemukakan sebutharga trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal trak)

JUMLAH PEMBIAYAAN

  • Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00
  • Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00 

TEMPOH PEMBAYARAN PINJAMAN

  • 4-10 tahun dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan

PROGRAM RANTAIAN INDUSTRI (PRiN)

JENIS BANTUAN

  • Perolehan mesin, peralatan dan jentera
  • Menaiktaraf premis dan ruang kilang
  • Modal pusingan
  • Pembelian premis yang berpotensi (kilang dan lot kedai komersial) dan
  • Mengkomersialkan produk dan perkhidmatan

MARA INTEGRATED SMART AUTO (MISA)

  • Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada yang berkonsepkan 3S merangkumi Sales, Services dan Spare Parts.

JENIS BANTUAN

  • Modal pusingan kerja
  • Ubahsuai bengkel
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Stok

SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA (SPiM)

  • Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada Usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Permohon yang pertama kali memohon pembiayaan MARA.
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut.
  • Mempunyai 10% modal sendiri daripada kos keseluruhan projek Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas).
  • Bebas dari senarai hitam MARA Perniagaan patuh Syariah.

JUMLAH PINJAMAN

  • Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00
  • Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00

TEMPOH BAYARAN PINJAMAN

  • 4-10 tahun dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

SPiM TEKNO

  • SPiM Tekno merupakan satu bentuk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan dalam bidang berteknologi tinggi.
** Sebarang makluman berkaitan kemudahan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PEMBIAYAAN GALAKAN EKSPORT BUMIPUTERA

  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan & membangunkan keupayaan pra-eksport PKS Bumiputera yang berprestasi tinggi & berpotensi untuk pasaran eksport dan mewujudkan rantaian bekalan domestik di kalangan PKS Bumiputera.
** Sebarang makluman berkaitan kemudahan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SKIM JAMINAN USAHAWAN MARA (SJUM)

  • Kemudahan pembiayaan yang mana panel menawarkan kemudahan pembiayaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

  • Jaminan sehingga 80% daripada pembiayaan bank
  • Tempoh jaminan sehingga 15 tahun
  • Yuran jaminan sebanyak 1% setahun

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Syarikat milik Bumiputera yang diklasifikasikan sebagai PKS oleh BNM
  • Terbuka kepada semua sektor ekonomi (tertakluk kepada tahap risiko yang ditentukan oleh bank)
  • Aktiviti syarikat patuh Syariah

SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EKSPRESS (SPiKE)

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspes ialah pembiayaan projek kepada kontraktor Bumiputera sehingga RM250,000.00 tanpa penjamin atau cagaran.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Berdaftar dengan PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan (yang berkaitan)

JUMLAH PEMBIAYAAN

  • RM1,000,000.00 (tertakluk kepada maksimum 65% dari nilai kontrak)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan kemudahan bantuan / pembiayaan MARA sila hubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di:

atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...