Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Kategori Kompaun Kesalahan & Kadar Pengurangan Mengikut Hari

1,996

Berikutan rungutan orang ramai diatas kompaun sebanyak RM10,000 yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak KKM telah membuat perincian terbaharu mengenai kompaun mengikut kategori yang ditetapkan.

Rujuk: Patuh SOP Sepanjang PKP Atau Denda Sehingga RM10,000 Menanti Anda

Kategori-kategori kesalahan boleh kompaun dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan anda boleh rujuk kategori yang telah dikongsikan pada perkongsian ini.

3 KATEGORI KOMPAUN KESALAHAN

3 kategori kompaun kesalahan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] ialah:

KATEGORI 1

  • Tidak mematuhi arahan kuarantin di pusat kuarantin bagi kes positif atau dipercayai positif.
  • Aktiviti kelab malam atau pub.
  • Tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, iaitu rentas negeri daerah tanpa kebenaran PDRM

NILAI KOMPAUN

  • RM5,000 (Individu)
  • RM25,000 (Perbadanan)

KATEGORI 2

  • Memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran.
  • Tidak mematuhi perintah pengasingan bagi pemerhatian dan pengawasan kontak.
  • Akitiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat dan tiada penjarakan sosial.
  • Tidak memberi maklumat yang betul kepada petugas kesihatan.

NILAI KOMPAUN

  • RM3,000 – RM4,000(Individu)
  • RM20,000 (Perbadanan)

KATEGORI 3

  • Tidak memakai pelitup muka.
  • Tiada penjarakan sosial.
  • Tidak mendaftar sebelum masuk ke premis.
  • Premis beroperasi lebih dari tempoh dibenarkan.
  • Premis tidak menyediakan hand sanitizer

NILAI KOMPAUN

  • RM1,500 – RM2,000(Individu)
  • RM10,000 (Perbadanan)

KADAR PENGURANGAN KOMPAUN

Kadar pengurangan kompaun pula adalah mengikut hari yang ditetapkan seperti berikut:

  • 50%: 1 hingga 7 hari
  • 25%: 8 hingga 14 hari
  • Tiada diskaun selepas 14 hari

3 Kategori Kompaun Kesalahan & Kadar Pengurangan Mengikut Hari

RAYUAN KOMPAUN

Rayuan kompaun pula hanya dibenarkan kepada mereka yang tidak mampu untuk membuat pembayaran kompaun dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Golongan B40 (Miskin, Pengemis)
  • Golongan OKU
  • Pelajar

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...