Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Langkah Mudah Mohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

2,918

Sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi telah memaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan sehingga 31 Mac 2021.

Bagi peminjam yang layak, pastinya mereka ingin memohon penangguhan dengan segera kerana mengalami masalah kewangan kerana tiada pekerjaan atau mengalami masalah pengurangan gaji.

Baca juga: Tempoh Tangguh Bayaran balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan 3 Bulan Lagi

Teruskan bacaan anda untuk dapatkan 3 langkah mudah mohon penangguhan bayaran balik PTPTN di sini.

TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

Tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN adalah selama 3 bulan bagi peminjam yang layak bermula:

  • 5 Januari hingga 31 Mac 2021

Tempoh penangguhan juga berdasarkan bulan kelulusan seperti berikut:

BULAN KELULUSAN  TEMPOH PENANGGUHAN
JANUARI JANUARI HINGGA MAC
FEBRUARI FEBRUARI HINGGA APRIL
MAC MAC HINGGA MEI

Nota:

  • Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan.
  • Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 dan memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.

SYARAT KELAYAKAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penangguhan bayaran balik PTPTN ialah:

  • Peminjam yang kehilangan pendapatan: Peminjam yang diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19.
  • Peminjam yang terjejas pendapatan: Peminjam yang pendapatannya berkurang dalam tempoh pandemik Covid-19.

3 LANGKAH MUDAH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

Untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN pula, anda perlu:

  1. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19).
  2. Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat akuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan dan tiada dokumen diperlukan.
  3. PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

3 Langkah Mudah Mohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Untuk pengetahuan anda juga:

  • Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19.
  • Peminjam boleh membuat bayaran balik sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN.
Nota: Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

PENSTRUKTURAN & PENJADUALAN SEMULA PTPTN

Anda juga perlu tahu bahawa peminjam yang diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan di dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji / Direct Debit. Manakala pelanjutan penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.
Contoh situasi:
  • Peminjam diluluskan pelanjutan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021.
  • Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula / penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh pelanjutan penangguhan (Mac hingga Mei 2021), kelulusan pelanjutan penangguhan akan dibatalkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penangguhan bayaran balik PTPTN sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...