Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Bidang Pengajian Paling Mudah Dapat Kerja Buat Graduan

0 2,474

Jika sebelum ini, kami ada kongsikan 5 Bidang Pengajian Yang Paling Banyak Graduan Menganggur Menurut Statistik Kajian KPT, kali ini kami akan kongsikan pula 5 Bidang Pengajian Paling Mudah Dapat Kerja Buat Graduan.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, peluang pekerjaan juga semakin berkurangan. Jadi adalah penting untuk memilih bidang pengajian yang tepat kerana memilih bidang pengajian merupakan langkah utama dalam mendapatkan pekerjaan.

Bukan hanya sekadar faktor minat terhadap sesuatu bidang pengajian, faktor pasaran kerja daripada bidang pangajian tersebut juga perlulah diambil kira. Hal ini demikian kerana tidak semua bidang pengajian itu mampu menjanjikan kerja.

SENARAI BIDANG PENGAJIAN YANG GRADUAN PALING MUDAH DAPAT KERJA

1.) Sains Veterinar

veterinar

Sains veterinar merujuk kepada pengajian sains yang spesifikasinya lebih merujuk kepada haiwan. Kerjaya yang ditawarkan oleh pengajian ini adalah seperti doktor haiwan, pakar biologi dan lain-lain. Graduan dalam bidang pengajian ini hampir keseluruhannya telah mendapat pekerjaan setelah habis kursus pengajian.

Walaupun banyak suara-suara sumbang yang mempertikaikan tentang kontroversi mengenai satu isu yang melibatkan doktor beragama Islam dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh tetapi kesedaran masyarakat tentang perlunya kasih sayang terhadap haiwan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat maka populariti bidang pengajian ini kian meningkat.

2.) Perubatan Dan Pergigian

doktor

Kedua-dua bidang pengajian ini semestinya tergolong dalam kumpulan bidang pengajian yang sangat mencabar dan ramai juga mahasiswa yang mengambil bidang pengajian ini telah menukar bidang di pertengahan jalan.

Namun, jika anda berusaha dengan bersungguh-sungguh dan meneruskan juga usaha serta berjaya menyelesaikan pengajian dalam bidang ini, hasilnya sangatlah lumayan. Anda bukan sahaja mudah untuk dapatkan kerja malah gaji yang bakal anda terima juga sangat lumayan.

Harus diingat juga bahawa bidang pengajian ini merupakan bidang pengajian termahal yang mampu menelan kos sebanyak RM100,000 selama empat tahun. Namun, graduan dalam bidang ini hampir kesemuanya bekerjaya.

3.) Seni Bina, Pembinaan Dan Perancangan

arkitek

Bidang pengajian ini dikategorikan sebagai unik kerana telah menggabungkan dua ilmu iaitu ilmu sains dan juga ilmu kemanusiaan. Bidang ini juga banyak memberi sumbangan kepada kepada pembentukan persekitaran manusia seperti struktur bangunan, perancangan penempatan, kedudukan bangunan, bentuk bangunan dan sebagainya.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai mahasiswa memilih bidang pengajian ini dan graduan dalam bidang ini majoritinya mendapat kerja dengan mudah.

4.) Pendidikan

pendidikan

Jika anda perasan, ramai daripada rakyat Malaysia yang memilih bidang pendidikan kerana selain daripada kerjaya yang ditawarkan adalah satu kerjaya yang mulia tetapi juga bidang ini turut menjanjikan pekerjaan dengan mudah.

Bidang pengajian ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang berminat menjadi guru tetapi juga untuk anda yang berminat dengan bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Bidang pengajian ini boleh meningkatkan kesedaran tentang perkembangan emosi, rohani, fizikal, kreativiti dan lain-lain.

5.) Perniagaan

perniagaan

Oleh kerana bidang perniagaan semakin berkembang di negara kita maka mahasiswa di negara kita juga ramai yang memilih bidang pengajian perniagaan. Bidang pengajian ini telah membuktikan ramai graduannya mendapat kerja dengan mudah.

Melalui bidang pengajian ini, anda akan peroleh kemahiran pentadbiran, perakaunan, pemasaran, insurans dan lain-lain.

Buat anda yang masih buntu dalam memilih bidang pengajian, utamakanlah faktor kemudahan mendapatkan pekerjaan daripada bidang kerjaya yang ingin anda pilih itu. Pastikan bidang pengajian itu mampu menawarkan pekerjaan kepada anda dengan mudah!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...