Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Bidang Pengajian Yang Paling Banyak Graduan Menganggur Menurut Statistik KPT

0 2,203

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menjalankan survey dalam mengenalpasti jumlah atau kadar pengangguran di dalam negara kita. Hasilnya sangatlah mengejutkan. Menteri Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 54,103 graduan yang telah menamatkan pengajian di negara kita gagal mendapat peluang pekerjaan.

menganggur 1

Begitu ramai jumlah graduan tidak bekerja di Malaysia. Di samping itu, KPT juga turut menjalankan satu lagi kajian yang lebih khusus iaitu bidang pengajian apakah yang benyak graduan menganggur di bawahnya.

Di dalam artikel ini akan dikongsikan lima bidang pengajian yang paling banyak graduan menganggur. Antara bidang pengajian tersebut adalah seperti berikut

1.) Perakaunan

menganggur 2

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak universiti yang menawarkan bidang perakaunan. Bidang pengajian ini sangatlah digemari oleh kebanyakan mahasiswa di negara kita.

Begitu juga dengan kerjaya sebagai akauntan yang sering menjadi dambaan kebanyakan orang di negara kita. Gaji yang diperoleh daripada kerjaya sebagai akauntan ini juga tidak kurang hebatnya. Malah kerjaya sebagai akauntan juga dikategorikan sebagai profesional

Graduan perlu berkemahiran untuk berkomunikasi secara fasih dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ramai daripada graduan telah melepasi syarat ini namun apa yang menyebabkan bidang ini mempunyai paling banyak graduan menganggur adalah persaingan yang cukup sengit kerana terlalu ramai graduan dalam bidang ini.

2.) Seni

menganggur 3

Menurut Menteri Sumber Manusia lagi, bidang pengajian yang banyak graduan menganggur adalah bidang seni. Bidang seni yang dimaksudkan ini adalah seni halus dan seni reka yang melibatkan pertukangan seperti tekstil dan logam.

Walaupun graduan dalam bidang ini mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan daya kreativiti yang maksimum tetapi perkembangan teknologi yang kian berkembang pada hari ini menyebabkan graduan dalam bidang ini kurang diperlukan. Oleh sebab itulah berlakunya lambakan graduan dalam bidang seni yang tidak bekerja.

3.) Pengurusan Sumber Manusia

menganggur 4

Mungkin ramai daripada anda yang kurang mengetahui apakah bidang pengajian pengurusan sumber manusia ini. Bidang ini sebenarnya merupakan salah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan hanya yang bezanya adalah lebih difokuskan kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan.

Jabatan Sumber Manusia atau lebih dikenali sebagai HR (Human Resources) adalah jabatan yang berperanan untuk menyelia dan menguruskan semua aspek tentang pekerja contohnya seperti gaji, latihan dan banyak lagi termasuklah urusan pemberhentian kerja.

4.) Pengurusan perniagaan

 

menganggur 5

Dalam bidang pengajian pengurusan perniagaan, graduan dilatih untuk menjadi pengurus, perunding, pentadbir atau usahawan yang profesioanal.

Namun, apa yang menyebabkan banyak graduan dalam bidang ini menganggur adalah kerana ramai masyarakat kita hari ini lebih terdedah kepada ilmu keusahawanan setanding dengan graduan dalam bidang pengajian ini.

Oleh itu, graduan dalam bidang ini banyak yang menganggur kerana mereka mendapat persaingan sengit daripada masyarakat yang mempunyai ilmu setanding dengan mereka dalam bidang keusahawanan.

5.) Zoologi

menganggur 6

Bidang pengajian zoologi juga merupakan salah satu cabang ilmu sains biologi yang banyak juga diambil oleh mahasiswa di negara kita. Namun, malangnya ramai juga graduan dalam bidang ini masih menyepi tanpa kerja.

Sebab utama perkara ini berlaku adalah persaingan kerana ramai mahasiswa yang mengambil bidang pengajian ini maka banyaklah persaingan yang berlaku.

NASIHAT BUAT MAHASISWA YANG INGIN MEMILIH BIDANG PENGAJIAN

Tidak dapat dinafikan bahawa untuk memilih sesuatu bidang pengajian anda lebih cenderung untuk memilih bidang yang anda minat kerana jika anda berminat, anda akan buat yang terbaik.

Namun, jika melihat semula situasi pengangguran pada hari ini, anda perlulah lebih bijak bidang pengajian demi masa depan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...