Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia, Cepat Rebut & Manfaatkannya

1,731

Siapa di sini yang belum lagi bercuti? Bagi anda yang belum lagi bercuti, boleh manfaatkan salah satu daripada 5 promosi yang boleh dimanfaatkan anda untuk bercuti di dalam Malaysia.

Lupakan sekejap untuk bercuti di luar negara kerana terapat banyak tempat pelancongan yang menarik di dalam Malaysia yang boleh anda terokai. Kebetulan terdapat pelbagai pakej percutian yang menarik disediakan kepada anda nikmati.

Ingin tahu senarai 5 promosi percutian dalam Malaysia untuk anda manfaatkan? Teruskan membaca perkongsian ini dan lihat 5 promosi tersebut. Tetapi jangan lupa, semak dahulu senarai cuti terpanjang pada 2021 disini dan plan cuti anda mulai sekarang.

SENARAI 5 PROMOSI CUTI-CUTI MALAYSIA

Antara senarai 5 promosi cuti-cuti Malaysia ialah:

1. BELI 1 PERCUMA 1 PAS MY30

Siapa suka travel menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan tren? Jangan lupa, beli Pas My30 dan akan dapat 1 lagi pas percuma untuk bulan berikutnya. Tapi, mesti dapatkannya secepat mungkin kerana ianya adalah terhad.

Dapatkan cara penebusan disini sahaja.

7 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Cepat Rebut & Manfaatkannya

2. BAUCAR DISKAUN RM50 MALINDO AIR

Rasa nak rehatkan diri daripada memnadu untuk perjalanan yang agak jauh, anda boleh tempah penerbangan dengan Malindo Air dengan baucar diskaun RM50 bagi setiap perjalanan domestik untuk setiap seorang.

Baucar diskaun ini adalah untuk perjalanan sehala atau dua hala dalam kelas ekonomi atau kelas perniagaan.

Untuk membuat penebusan, anda hanya:

  • Daftar secara online di https://www.malindoair.com dengan memasukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon dan gambar kad pengenalan anda.
  • Pengguna akan terima kod promo unik melalui emel.
  • Buat tempahan tiket penerbangan dan nikmati baucar diskaun.

5 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Cepat Rebut & Manfaatkannya

3. REBAT eBAUCAR RM50-RM100 HOTEL

Anda juga boleh membuat tempahan hotel melalui aplikasi Shopee dan akan mendapat rebat e-baucar sebanyak RM50-RM100 untuk tempahan hotel 1 hingga 5 bintang.

Info selanjutnya, klik sahaja disini untuk penebusan rebat e-baucar hotel penginapan.

7 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Cepat Rebut & Manfaatkannya

4. eBAUCAR RM20 UNTUK TOL PLUS

Untuk penebusan ebaucar RM20 tol PLUS, tempoh tawaran yang ditetapkan adalah pada:

  • Januari hingga Mac 2021

Jadi anda boleh berjimat dengan ebaucar mellaui kad Touch ‘n Go sahaja. Jimat belanja percutian anda tau.

Bagaimana untuk menebusnya? Lihat caranya disini:

  • Daftar secara online di aplikasi PLUSMiles (sekiranya bukan ahli PLUSMiles)
  • Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor kad Touch ‘n Go dan email korang
  • Maklumat selanjutnya akan diberikan melalui aplikasi PLUSMiles untuk korang menebus e-baucar RM20 menerusi kad Touch ‘n Go di stesen minyak
  • Shell yang menyertai program ini (penebusan secara percuma di Shell)

5 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Cepat Rebut & Manfaatkannya

5. PAKEJ ISTIMEWA CUTI-CUTI MALAYSIA UNTUK PENJAWAT AWAM

Penjawat awam mendapat pelbagai keistimewaan dimana pihak Tourism Malaysia telah melancarkan pakej istimewa sempena Cuti- Cuti Malaysia sejak 3 September 2020.

Ia bertujuan untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta sebagai menghargai usaha dan perkhidmatan penjawat awam di seluruh Malaysia.

Dapatkan info lanjut mengenai pakej istimewa Cuti-Cuti Malaysia untuk penjawat awam disini:

5 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia. Cepat Rebut & Manfaatkannya

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...