Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume.

3,533

Jika anda mempunyai kemahiran perkeranian seperti pengurusan pemfailan, memasukkan data, komunikasi yang cekap melalui telefon dan membuat jadual temu janji, masukkannya ke dalam resume anda.

Ini adalah kemahiran asas yang perlu ada pada setiap orang kerana kemahiran ini dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai pengalaman yang diperlukan oleh setiap majikan.

Ia adalah bonus buat anda.

Contoh Kemahiran Perkeranian

Berikut adalah contoh umum kemahiran perkeranian yang boleh di masukkan ke dalam resume anda :

  • Komunikasi lisan dan bertulis
  • Kemahiran asas komputer
  • Kemahiran berorientasikan perincian
  • Pengurusan Organisasi
  • Pengetahuan asas matematik
  • Kreatif
  • Kemahiran pengurusan masa

clerk2

1. Komunikasi lisan dan bertulis

Anda akan banyak berkomunikasi dengan pelbagai orang di pejabat bermula daripada pekerja biasa,  rakan sejawat, pelanggan, eksekutif dan pengurus syarikat. komunikasi yang akan berlaku mungkin melalui telefon, secara langsung, emel, Skype dan sebagainya. Kemahiran komunikasi yang ada dapat membantu anda membina hubungan yang baik di tempat kerja dan meningkatkan prestasi kerja anda

Kemahiran komunikasi bertulis pula lebih banyak melibatkan emel secara profesional kepada pelanggan atau pekerja. Emel tersebut harus menggunakan penggunaan bahasa yang profesional, tiada kesalahan tatabahasa dan juga mudah difahami. Kemahiran komunikasi bertulis juga melibatkan penggunaan Microsoft Word untuk menaip dokumen di tempat kerja termasuk memo, pembentangan atau penyediaan bahan maklumat lain.

2. Kemahiran asas komputer

Anda boleh menyelesaikan banyak tugas asas dengan menggunakan komputer. Kemahiran asas menggunakan komputer membolehkan anda menyelesaikan tugas mudah seperti memasukkan data dengan menggunakan spreadsheet di dalam Microsof Excel. Penting juga untuk anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan Microsoft Office yang lain seperti PowerPoint, One Note dan Outlook untuk kegunaan seharian.

Tingkatkan kemahiran menaip supaya semua kerja atau tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang kesalahan.

schedule

3. Kemahiran berorientasikan perincian

Anda harus mengenal pasti kesilapan pada setiap tugasan atau dokumen sebelum diedarkan. Hasil kerja yang berkualiti diukur berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh anda. Pastikan tiada sebarang kesalahan dilakukan sebelum ianya diedarkan.

Sekiranya anda memohon peranan pembantu tadbir atau eksekutif, anda mungkin perlu memeriksa hasil kerja untuk memastikan tidak ada sebarang kesalahan tatabahasa atau pengiraan adalah tepat.

4. Pengurusan Organisasi

Menyimpan dokumen dalam bentuk digital atau cetakan yang difailkan dan disimpan akan membantu anda mengetahui di mana dokumen penting berada sekiranya anda perlu mengambilnya dengan segera. Kemahiran ini juga dapat memastikan bahawa maklumat sulit disimpan di tempat yang selamat, mengurangkan risiko kehilangan atau dicuri.

Ia juga membantu anda untuk mengingati projek, tugas dan mesyuarat yang akan datang. Dengan membuat nota semasa pembentangan atau tutorial kerja, anda dapat merujuk maklumat tersebut apabila diperlukan.

5. Pengetahuan asas matematik 

Bergantung pada jawatan, anda mungkin perlu mengetahui asas matematik dan cara memasukkan nombor terutamanya menggunakan Microsoft Excel. Hal ini kerana kebanyakan syarikat menggunakan Microsoft Excel untuk mencatat dan mengatur maklumat bernombor serta diperlukan dalam membuat asas perakaunan.

6. Kreatif

Anda perlu mempunyai fikiran yang kreatif apabila berlakunya keadaan atau kejadian yang muncul secara tiba-tiba dan tidak disangka. Dengan pemikiran yang kreatif anda dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat

7. Kemahiran pengurusan masa

Keupayaan untuk mengutamakan tugas dan projek tertentu adalah kemahiran yang kuat yang dicari oleh majikan. Ini adalah kerana anda mahir untuk  menguruskan masa dengan bijak dan menjimatkan kos syarikat disamping menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi.

time management skill

Contoh Resume Bahagian Kemahiran Perkeranian

Masukkan dengan lengkap jenis kemahiran yang anda ada beserta tugasan yang telah anda siapkan seperti contoh di bawah :

Bahagian kemahiran 

Kemahiran Teknikal

  • Program perisian perakaunan seperti AutoCount untuk memproses hutang, penghutang, penerimaan, pengeluaran dan baucar akaun,data gaji
  • Perisian ERP

Kemahiran Tambahan

  • Penilitian tugasan dengan terperinci
  • Komunikasi lisan dan bertulis
  • Pemikiran kritikal dan kreatif
  • Penyelesaian masalah
  • Rekonsiliasi untuk jumlah
  • Penyediaan penyata aliran tunai
  • Penyediaan laporan, pengeluaran invois
  • Pengiraan hutang, kos, kadar, jumlah, liabiliti menggunakan Microsoft Excel

Bahagian pengalaman kerja 

Dewan Bandaraya Orange
Pembantu Perkeranian | Mei 2011-Disember 2016

  • Menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk edit gambar laman web, risalah, pembentangan dan logo syarikat.
  • Membuat data menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan dokumen.
  • Adobe InDesign digunakan untuk membuat layout dan memformat teks, lebar kotak dan jarak untuk bahan syarikat.
  • Meneliti dan memasukkan transaksi kewangan ke dalam sistem pengurusan pangkalan data, seperti Microsoft Access dan Microsoft Excel.

finance clerk

Sekurangnya dengan meletakkan kemahiran perkeranian ini ke dalam resume dapat membuatkan majikan mengetahui kemahiran asas anda selain daripada kemahiran lain yang diperlukan oleh mereka.

Selamat mencuba.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...