Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

8 Situasi Ini Boleh Menyebabkan Tuan Tanah Berisiko Kehilangan Hak Milik

1,563

Sebagai pemegang geran tanah atau pemilik tanah, anda jangan terlalu selesa kerana tiba-tiba anda boleh kehilangan hak milik tanpa anda sedari.

Pada mulanya anda mungkin tidak percaya. Namun apabila membuat semakan di pejabat tanah, memang benar hak milik tanah anda telah bertukar dengan nama orang lain dan nama anda tiada dalam rekod pendaftaran di pejabat tanah.

Dikongsikan disini beberapa kemungkinan yang menyebabkan tuan tanah kehilangan hak milik ke atas tanah tanpa disedari.

8 SITUASI RISIKO KEHILANGAN HAK MILIK TANAH DIMILIKI

1 UNSUR PENIPUAN

  • Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain dokumen kepada pihak tersebut dan seterusnya pindah milik didaftarkan kepada nama pihak-pihak tertentu.

2 PEMALSUAN TANDATANGAN

  • Wujudnya pemalsuan tandatangan tuan tanah pada dokumen pindah milik ataupun pemalsuan geran tanah atau lain-lain dokumen pindah milik yang menyebabkan pindah milik dapat didaftarkan kepada pihak-pihak tertentu.

3 SURAT KUASA WAKIL PENUH

  • Tuan tanah memberikan surat kuasa wakil penuh (Full PA) kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara mereka faham/sedar atau tidak faham/sedar sehingga memberi kuasa kepada pemegang wakil kuasa untuk memindah milikkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak.

4 GADAIAN TANAH

  • Tuan tanah menggadaikan tanahnya kepada mana-mana pihak seperti bank atau individu dan telah menandatangani dokumen gadaian sebagai cagaran kepada hutang yang diberikan.
  • Akibat kegagalan tuan tanah menjelaskan hutang tersebut, tanahnya dilelong dan seterusnya dipindahmilikkan kepada pihak lain yang berjaya dalam lelongan.

5 TUNGGAKAN CUKAI TANAH

  • Tuan tanah gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah atau tuan tanah melanggar apa-apa syarat nyata pada tanah tersebut sehingga menyebabkan tanahnya “dirampas” oleh kerajaan (melalui pejabat tanah) dan kemudiannya diserahkan oleh kerajaan kepada pihak lain.

6 PECAH AMANAH

  • Pecah amanah oleh pihak-pihak tertentu seperti pemegang amanah, termasuklah peguam sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan), yang telah mendaftarkan pindah milik tersebut kepada pihak-pihak tertentu walaupun sepatutnya pindah milik tersebut tidak sepatutnya dibuat/ belum boleh didaftarkan lagi di pejabat tanah.

7 KESILAPAN TEKNIKAL

  • Kesilapan teknikal di pihak pejabat tanah dalam merekodkan sebarang urusniaga tanah sehingga menyebabkan tanah tersebut didaftarkan kepada nama pihak lain.

8 TANAH DIAMBIL KERAJAAN

  • Tanah anda diambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah dan tanpa anda sedari atau mungkin disebabkan anda tidak menerima sebarang notis tentang pengambilan tersebut, tanah anda telah diserahkan kepada pihak lain atau digunakan oleh pihak lain.

SUMBER 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...