Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

8 Senarai Kerjaya Gaji Lumayan Tanpa Perlu Pendidikan Tinggi

0 2,022

Kita sering mendengar kata-kata seperti “ belajarlah tinggi-tinggi untuk dapat kerja yang baik dan gaji yang mahal.” Itulah pemikiran skeptikal warga terdahulu yang mengaitkan kerja bergaji mahal dengan kelulusan akademik yang tinggi

Namun, sedarkah anda bahawa hari ini kebanyakan majikan tidak lagi melihat kepada setinggi mana ijazah yang anda peroleh, berapa banyak A yang anda dapat semasa SPM dan sebagainya yang berkaitan akademik.

Kebanyakan majikan hari ini lebih melihat kepada kemahiran ataupun skills yang ada pada diri anda. Oleh sebab itulah di sesetengah tempat kerja, individu yang berpengalaman mudah naik pangkat jika dibandingkan dengan individu yang memiliki pendidikan yang tinggi.

Oleh itu, jangan anda fikir orang yang tidak berpendidikan tinggi semuanya dibayar dengan gaji murah. Berikut akan dikongsikan senarai kerjaya yang menawarkan gaji lumayan tanpa perlu kelulusan pengajian yang tinggi.

SENARAI KERJAYA GAJI LUMAYAN TANPA PERLU PENDIDIKAN TINGGI

1.) Agen Insuran

agen insuran

Untuk menjadi seorang agen insuran, anda tidak memerlukan Izajah, Master atau PhD. Anda hanya memerlukan SPM untuk membolehkan anda menduduki ujian kelayakan untuk menjadi penasihat kewangan. Anda perlu lulus ujian ini barulah anda boleh digelar sebagai agen insuran.

Untuk pengetahuan anda, ramai yang menceburi bidang ini telah berjaya dan kini mendapat gelaran jutawan. Antara syarikat-syarikat terkenal insuran di negara kita adalah seperti Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etika Takaful Berhad, Kurnia Insuran dan lain-lain.

Ramai juga yang sudah mempunyai kerja tetap dan hanya menjadi agen insuran sebagai kerja sambilan kini berhenti kerja dan menjadi agen insuran sepenuh masa kerana pulangannya sangat menguntungkan.

Hal ini kerana duit akan masuk berterusan ke dalam akaun anda selagi mana pelanggan anda setia dengan polisi insuran tersebut. Selama mana pelanggan anda memegang polisi insuran itu, selagi itulah anda memperoleh duit.

2.) Agen Hartanah

agen hartanah

Seseorang agen hartanah selalunya digelar broker tanah. Untuk pengetahuan anda, menjadi agen hartanah ini mampu mendatangkan pulangan yang sangat besar kepada anda.

Tidak disyaratkan sebarang kelulusan akademik yang tinggi untuk menjadi agen hartanah, cukup sekadar memiliki sijil perakuan untuk menjadi agen hartanah yang profesional. Agen hartanah akan mendapat keuntungan yang sangat lumayan melalui sistem “mark up”.

Ada yang mendapat keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit bagi setiap bidang tanah yang dijual. Itu baru satu bidang tanah, bagaimana jika puluhan bidang tanah berjaya dijual. Mesti lebih banyak keuntungannya.

3.) Penasihat Kewangan

penasihat kewangan

Penasihat kewangan ataupun lebih dikenali sebagai “wealth adviser” juga merupakan satu kerjaya yang tidak memerlukan sijil atau kelayakan akademik yang tinggi. Anda hanya perlu ada sijil perakuan.

Penasihat kewangan berperanan memberi nasihat berkaitan pelaburan kewangan. Terdapat pelbagai bank dan institusi kewangan yang menawarkan skim pelaburan mereka untuk anda melabur tetapi anda buntu untuk memilih mana yang menguntungkan.

Sebagai contoh paling dekat, anda buntu untuk pilih melabur dengan ASB atau Tabung Haji. Penasihat kewangan akan menyelesaikan masalah anda. Keuntungan yang penasihat kewangan peroleh adalah daripada peratus keuntungan pelaburan anda.

4.) Pemain Bolasepak

pemain bolasepak

Sukan ini sangatlah digemari oleh majoriti rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan anda juga, pemain bolasepak turut memperoleh jutaan ringgit hasil daripada karier mereka itu. Anda boleh lihat sendiri pemain bolasepak terkenal seperti Christiano Ronaldo dan Messi, masing-masing kaya kerana bolasepak.

Tidak perlu berapa banyak A dalam SPM atau apa-apa sijil serta ijazah untuk menjadi pemain bolasepak profesional. Cukuplah anda memiliki kemahiran yang tinggi dan kecerdasan yang maksimum.

5.) Plastics Welders

plastic welders

Seseorang yang bekerja sebagai Plastic Welders berperanan mengimpal plastik seperti paip PVC dan sebagainya. Ada individu yang bekerja sebagai Plastics Welders mampu membuat duit sehingga puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

Kerjaya ini sememangnya tidak memerlukan pendidikan yang tinggi tetapi kemahiran dalam bidang ini perlulah tinggi.

6.) Safety and Health Officer

sho

Safety and Health Officer memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di sesebuah premis pekerjaan. Negara memerlukan ramai Safety and Helath Officer hari ini seiring dengan perkembangan pembangunan yang pesat.

Syarat untuk bekerja sebagai Safety and Health Officer hanyalah memiliki sijil khas dan tidak perlu sijil serta kelayakan akademik yang tinggi. Gaji yang ditawarkan juga sangat lumayan.

7.) Operator Pelantar Minyak

operator pelantar minyak

Bekerja sebagai operator pelantar minyak juga tidak memerlukan sijil dan kelulusan akademik yang tinggi. Latihan dan kemahiran akan diperoleh semasa anda bekerja di atas pelantar minyak.

Operator pelantar minyak bertugas sebagai pembantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Gajinya juga lumayan. Selain gaji, anda akan diberikan elaun harian. Elaun ini akan menambahkan lagi pendapatan anda.

8.) Peniaga Barangan Secara Online

peniaga online

Sudah ramai rakyat Malaysia terutama golongan muda menceburi bidang ini. Ditambah lagi dengan galakan daripada kerajaan dan liputan internet yang meluas, perniagaan secara online semakin rancak berjalan.

Ganjaran yang diperoleh adalah mengikut usaha anda. Jika anda rajin berusaha dan barangan anda laku, lebih banyak duit yang akan anda peroleh. Ada peniaga online yang untungnya mencecah RM10,00.00 sebulan.

Sudah tentu untuk menjadi peniaga online tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi. Anda hanya perlu mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan ilmu tentang kewangan.

Banyak peluang kerjaya yang lumayan gajinya terbuka tanpa perlu melihat kepada kelayakan akademik yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh kaya asalkan mahu berusaha. Oleh itu, jangan sesekali berputus asa jika taraf pendidikan anda tidak tinggi kerana banyak kerjaya yang gajinya lumayan sedang menunggu anda

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...