Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Aduan Majikan Tidak Carum KWSP Pekerja Walaupun Gaji Ditolak

9,192

Terdapat keluhan daripada pekerja yang ingin membuat permohonan iLestari dan iSinar apabila disemak tiada caruman dilakukan oleh majikan selama tempoh bekerja sedangkan gaji telah dipotong dan dinyatakan pada slip gaji.

Baca juga: Pembayaran iSinar & iLestari Bulan Mac Diawalkan Bermula 22 Februari Ini

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pekerja sekiranya mengalami masalah seperti ini?

Jangan lupa, daftar iAkaun KWSP dan anda boleh buat semakan sama ada majikan benar-benar membuat potongan KWSP atau tidak selama anda bekerja di syarikat tersebut.

Rujuk: i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

PERUNTUKAN BAYARAN CARUMAN KWSP BULANAN PEKERJA

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991.

PEKERJA YANG DICARUM

Maksud pekerja yang dicarum ialah:

  • Pekerja Tetap
  • Pekerja Kontrak
  • Pekerja Sambilan
  • Pekerja Sementara
  • Pekerja dalam tempoh Percubaan
  • Pengarah Syarikat yang menerima gaji atau upah
  • Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Hilang Upaya dan bekerja semula dalam mana-mana pekerjaan
  • Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55 tahun dan belum mencapai 75 tahun dan bekerja dalam mana-mana pekerjaan
  • Telah diberi taraf berpencen dan bekerja dengan majikan selain Kerajaan Persekutuan, Negeri atau pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan
  • Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Pekerja berpencen dan bekerja semula selepas umur persaraan.

JENIS ADUAN CARUMAN KWSP

Jenis aduan caruman KWSP ialah:

  • Majikan anda tidak mencarum bagi pihak anda.
  • Majikan anda memotong gaji anda tetapi tidak mencarum bagi pihak anda.
  • Caruman yang dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan.
  • Caruman yang dibayar oleh majikan tidak mengikut tempoh bulan yang betul.
  • Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.

CARA MEMBUAT ADUAN CARUMAN KWSP PEKERJA

Untuk membuat aduan, ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Siapkan dokumen yang diperlukan KWSP seperti berikut:

  • Salinan Kontrak Perkhidmatan / Surat Perlantikan
  • Salinan Slip Gaji / Baucar Bagi Tempoh Aduan
  • Lain-Lain Dokumen Yang Menunjukkan Hubungan Majikan & Pekerja.
Nota: Sebelum membuat aduan, sila buat temujanji online terlebih dahulu sebelum hadir untuk temujanji.
Nak Hantar Dokumen Kategori 2 iSinar? Buat Temujanji Online KWSP Dahulu Ya

PENALTI MAJIKAN TIDAK CARUM KWSP

SEKSYEN KESALAHAN PENALTI
41(1) Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari setelah mengambil pekerja. Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
43(2) Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
59(1) Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis. Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
48(3) Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP. Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
47(1) & 47(2) Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja. Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
41(3) Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja. Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
42(1) Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja. Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:Tindakan kebankrapan.Penyitaan dan penjualan aset.Larangan Keluar Negara
Seksyen 39 – Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan
46(1) Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak. Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:Tindakan kebankrapan.Penyitaan dan penjualan aset.Larangan Keluar Negara
Seksyen 39 – Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai aduan majikan tidak membuat caruman KWSP pekerja, sila hubungi KWSP di:

  • Cawangan KWSP yang terdekat
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...