Syarat Pendaftaran Ahli Skuad WAJA Negeri Selangor 2.0, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Permohonan / Ringkasan Artikel

Syarat Pendaftaran Ahli Skuad WAJA Negeri Selangor 2.0, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Kaum wanita yang berminat dengan kerja sukarelawan boleh menyertai Program Sukarelawan Skuad WAJA dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita. Permohonan adalah secara online dan anda...

Status: Aktif Bacaan: 2 min baca Fokus: Permohonan Update: 4 Nov
Intipati 01 Kaum wanita yang berminat dengan kerja sukarelawan boleh menyertai Program Sukarelawan Skuad WAJA dibawah seliaan Jabatan.
Intipati 02 Permohonan adalah secara online dan anda akan menikmati pelbagai kelebihan apabila menyertai Program Sukarelawan Skuad WAJA.
Intipati 03 Semak syarat penyertaan yang ditetapkan dan jika layak, terus buat permohonan untuk sertai Skuad WAJA Negeri.

Kaum wanita yang berminat dengan kerja sukarelawan boleh menyertai Program Sukarelawan Skuad WAJA dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita.

Permohonan adalah secara online dan anda akan menikmati pelbagai kelebihan apabila menyertai Program Sukarelawan Skuad WAJA Negeri Selangor 2.0.

Semak syarat penyertaan yang ditetapkan dan jika layak, terus buat permohonan untuk sertai Skuad WAJA Negeri Selangor.

INFO RINGKAS PROGRAM SUKARELAWAN SKUAD WAJA NEGERI SELANGOR 2.0

Untuk makluman, WAJA itu sendiri bermaksud:

  • Wanita Anti Jenayah adalah program bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat dunia untuk mengambil tindakan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.

Skuad WAJA pula bermaksud:

  • Program sukarelawan di bawah seliaan JPW yang dilatih dengan menggunakan Modul Skuad Waja iaitu merangkumi aspek membantu dengan teknik (E.A.R.S) serta informasi berkaitan dengan isu keganasan dan jenayah yang sering melibatkan wanita sebagai mangsa.

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM SUKARELAWAN SKUAD WAJA NEGERI SELANGOR 2.0

Semak disini syarat permohonan untuk menyertai Program Sukarelawan Skuad WAJA Negeri Selangor 2.0 dan syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara yang menetap di negeri Selangor
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bersemangat tinggi dalam bidang sukarelawan
  • Suka membantu dan berkhidmat kepada komuniti secara sukarela
  • Mempunyai minat dala melaksanakan program atau aktiviti kemasyarakatan
  • Bersemangat kental dalam usaha menangani keganasan terhadap wanita dalam komuniti

Jika anda mempunyai semua aspek diatas, sila buat permohonan pada pautan yang akan dikongsikan dibawah.

CARA MOHON

Klik pautan dibawah dan buat permohonan anda:

  • https://forms.gle/mj5fQVHrefY8F1566
  • Masukkan maklumat diri anda.
  • Pastikan anda memasukkan semua malumat dengan betul dan tepat.
  • Akhir sekali, klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

KELEBIHAN IKUTI SKUAD WAJA

Apa pula kelebihan yang akan anda nikmati sekiranya mengikuti Program Sukarelawan Skuad WAJA Negeri Selangor?

  • Anda akan mendapat latihan dan bimbingan secara PERCUMA daripada tenaga pakar yang terlatih.
  • Pengalaman berharga menyantuni pelbagai latar kehidupan masyarakat
  • Kemahiran berkomunikasi dan semangat kerja berpasukan

Syarat Pendaftaran Ahli Skuad WAJA Negeri Selangor 2.0, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Baca juga: 8 Cara Jawab Soalan Mengenai Isu Semasa Ketika Temuduga

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyertaan Program Sukarelawan Skuad WAJA Negeri Selangor 2.0 disaluran berikut:

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori