Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

ASB vs Tabung Haji Lebih Untung? Contoh Pengiraan Untuk Anda

0 3,089

Artikel ini diambil daripada posting FB Tuan Afyan Mat Rawi, yang sudi berkongsi dengan kami dapatan kajian yang telah beliau jalankan, siap dengan gambar sebagai bukti.
Sebelum tengok gambar, baca ini dahulu:

Perbandingan Prestasi ASB dan Tabung Haji Bagi 5 Tahun

Berikut adalah rekod prestasi pulangan ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun bermula 2012 hingga 2016.

ASB
2012 – 7.75%
2013 – 7.70%
2014 – 7.50%
2015 – 7.25%
2016 – 6.75%
*Dividen sahaja, tidak termasuk bonus

Tabung Haji 
2012 6.50%
2013 6.00%
2014 6.25%
2015 5.00%
2016 4.25%
*Hibah TH sahaja, tidak termasuk bonus atau Hibah Haji.

Senarai di atas, hanya untuk keuntungan melalui dividen tahunan sahaja (atau di TH dipanggil hibah TH), tanpa bonus.

ASB dan TH mempunyai bonus (di TH dipanggil Hibah Haji) yang diberikan kepada mereka yang layak selain daripada dividen yang diberikan setiap tahun.

Jika dilihat rekod di atas, pulangan ASB setiap tahun mengatasi TH sekitar, paling minima 1.25% dan pernah sampai 2.5% perbezaan iaitu pada tahun lalu, 2016.

Berikut ialah perbezaan peratusan keuntungan bonus ASB melebihi hibah Tabung Haji dari 2012 hingga 2016;

2012 – 1.25%
2013 – 1.70%
2014 – 1.25%
2015 – 2.25%
2016 – 2.50%

Tapi, tahukah anda bahawa ada satu perbezaan yang nyata di antara ASB dan Tabung Haji, iaitu zakat simpanan.

Di Tabung Haji sudah difatwakan sejak 1979 bahawa pendeposit Tabung Haji tidak perlu lagi utk membayar zakat simpanan kerana ia sudah ditunaikan oleh Tabung Haji sendiri.

Jadi, perkiraan ini perlu diambil kira dalam membuat perbandingan pulangan kedua-dua instrumen kewangan ini.

Sebelum ini saya ada membuat simulasi perbandingan pulangan dengan dimasukkan faktor zakat dengan andaian keuntungan ASB 7.5% dan Tabung Haji 5%.

Dalam simulasi tersebut, dengan modal RM100,000, seleas diambil kira keuntungan dan zakat, hasil yang didapati selepas 5 tahun adalah sama. Kali ini, saya sertakan pula simuasi sebenar berdasarkan pulangan sebenar ASB dan Tabung Haji dalam masa 5 tahun; 2012 hingga 2016.

ASB vs Tabung Haji – Hasilnya Adalah Mengejutkan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...