Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bagaimana Gunakan Khidmat Pos Untuk Dapatkan Bekalan Ubat Sepanjang PKP

1,827

Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS)

Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services, VAS) adalah satu perkhidmatan yang tercetus hasil daripada kreativiti dan inovasi anggota farmasi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pesakit.

Ia merupakan perkhidmatan yang boleh menjadi pilihan pesakit dalam memudahkan mereka mendapatkan bekalan ubat susulan. Antara Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang disediakan adalah Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB), Sistem Temujanji, Farmasi Pandu Lalu dan Ubat Melalui Pos (UMP).

Bagi sepanjang tempoh PKP ini pesakit digalakkan menggunakan perkhidmatan (UMP) kerana ubat boleh dihantar terus ke rumah tanpa perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan, dalam tempoh PKP.

Cara-Cara Dapatkan Ubat Melalui UMP

Berikut adalah cara untuk mendapatkan ubat melalui UMP.

VAS

Kos Penghantaran

Tiada kos penghantaran kerana ianya ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, bagi meringankan beban pesakit, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP, dianggarkan bernilai RM638,000 akan ditanggung KKM selama tiga bulan, berkuat kuasa semalam ”

(Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah)

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut mengenai UMP ini, anda boleh terus hubungi :

  • Talian Hotline : 1800-88-6722 (Isnin – Jumaat)
  • 8 pagi – 5 petang sahaja (Kecuali Cuti Umum)

Sumber :

  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Berita Harian
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...