Bahasa Badan Semasa Temuduga: Perlu Ke Gerakkan Tangan Dan Tubuh Badan?
Bahasa badan semasa temuduga bukan sekadar pergerakan tangan, pandangan mata atau cara duduk. Dalam temuduga sebenar, bahasa badan menjadi sebahagian daripada gambaran awal panel terhadap keyakinan, kematangan, adab dan tahap profesionalisme seseorang calon.
Ramai calon bertanya, adakah perlu menggerakkan tangan dan anggota badan lain ketika menjawab soalan panel? Jawapannya, boleh, tetapi mestilah secara terkawal, semula jadi dan sesuai dengan situasi. Gerakan yang tepat boleh membantu anda kelihatan lebih yakin dan jelas semasa bercakap, manakala gerakan yang berlebihan pula boleh mengganggu fokus panel.
Dalam konteks temuduga kerajaan hari ini, calon bukan sahaja dinilai pada cara bercakap, tetapi juga dari segi persediaan, pematuhan arahan, etika pemakaian, dokumen, komunikasi dan pembawaan diri secara keseluruhan.
Apa Itu Bahasa Badan (Body Language)?
Bahasa badan ialah bentuk komunikasi bukan lisan yang dapat dilihat melalui:
Semasa temuduga, bahasa badan membantu menyokong mesej yang anda sampaikan. Ia boleh menunjukkan bahawa anda fokus, yakin, tenang, sopan dan bersedia. Namun begitu, bahasa badan yang tidak terkawal juga boleh memberi gambaran bahawa anda gelisah, terlalu agresif, tidak selesa atau kurang profesional.
Baca juga: Perlu Ke Beritahu Panel Jika Ada Akademik Lebih Tinggi Daripada Jawatan Yang Dimohon?
Mengapa Bahasa Badan Penting Semasa Temuduga?
Bahasa badan penting kerana ia memberi kesan terus kepada impresi pertama panel. Walaupun anda mempunyai jawapan yang baik, penyampaian yang lemah boleh menjejaskan keyakinan panel terhadap anda.
Bahasa badan yang baik biasanya menunjukkan bahawa anda:
Dalam temuduga kerajaan, calon juga perlu ingat bahawa panel menilai secara menyeluruh. Maksudnya, bahasa badan hanyalah salah satu komponen kecil dalam keseluruhan prestasi anda. Persediaan dokumen, pematuhan arahan, etika pemakaian dan kejelasan komunikasi tetap memainkan peranan besar.
9 Tips Penting Guna Bahasa Badan Ketika Temuduga
Terdapat 9 tips penting untuk menggunakan bahasa badan dengan betul ketika temuduga. Melalui tips ini, anda akan faham bila gerakan tangan dibenarkan, bagaimana duduk dengan betul, dan cara mengawal ekspresi agar kelihatan lebih profesional.
Sejak anda sampai ke lokasi temuduga, tingkah laku anda sudah mula diperhatikan. Ini termasuk cara berjalan, cara menunggu, cara bercakap dan cara anda melayan orang di sekeliling.
Jika anda berada di ruang menunggu, duduk dengan tenang dan elakkan berbual terlalu kuat atau membuat tindakan yang mengganggu calon lain.
Anda digalakkan untuk menegur pegawai atau individu yang berurusan dengan anda secara sopan, sama ada melalui ucapan seperti “Selamat pagi Tuan/Puan” atau melalui senyuman, pandangan dan anggukan hormat.
Jangan menyendiri secara keterlaluan sehingga kelihatan sombong, dan jangan pula terlalu aktif berbual sehingga menampakkan anda hilang fokus.
Jika temuduga dijalankan secara online, masuk lebih awal, semak kamera dan audio, beri salam, senyum dan mulakan sesi dengan pembawaan yang profesional.
Duduk dengan tegak tetapi tidak terlalu keras. Postur badan yang kemas memberi gambaran bahawa anda bersedia dan menghormati sesi temuduga.
Pastikan kedudukan kaki stabil dan selesa. Elakkan duduk terlalu santai atau terlalu kaku.
Tangan sebaiknya berada di atas peha atau di atas meja secara sopan jika keadaan mengizinkan.
Kurangkan pergerakan yang tidak perlu seperti menggoyang kaki, mengubah posisi terlalu kerap atau menyandarkan badan secara berlebihan.
Elakkan posisi duduk yang terlalu santai seperti menyilang kaki secara keterlaluan kerana ia boleh menjejaskan imej profesional anda.
Apabila dipanggil masuk, masuk dengan tenang dan beri salam atau ucapan hormat yang sopan kepada panel.
Tunggu arahan panel sebelum duduk. Ini menunjukkan anda menghormati prosedur dan adab dalam sesi rasmi.
Senyuman ringkas dan semula jadi sangat membantu untuk mewujudkan suasana yang positif pada permulaan sesi.
Elakkan gerakan yang terlalu tergesa-gesa, terlalu membongkok atau terlalu canggung sehingga menjejaskan imej anda.
Kekalkan pandangan ke arah panel semasa mendengar dan menjawab soalan.
Anda tidak perlu merenung mata panel terlalu lama. Cukup sekadar mengekalkan eye contact yang natural dan profesional.
Jika panel terdiri daripada beberapa orang, agihkan pandangan anda secara seimbang kepada semua panel.
Jangan memandang ke lantai, siling atau ke tempat lain secara berlebihan kerana ia boleh memberi gambaran bahawa anda gugup atau tidak fokus.
Jika temu duga dilakukan secara online, sesekali pandang ke arah kamera supaya komunikasi anda nampak lebih meyakinkan.
Ya, anda boleh menggerakkan tangan semasa temuduga, tetapi hanya apabila perlu untuk menyokong isi jawapan.
Contohnya, apabila anda ingin menjelaskan susunan isi seperti “pertama”, “kedua” dan “ketiga”, gerakan tangan yang kecil boleh membantu penyampaian jadi lebih jelas.
Hadkan pergerakan tangan kepada paras bahu ke bawah agar tidak menutup muka atau mengganggu perhatian panel.
Elakkan gerakan yang terlalu laju, terlalu besar atau terlalu kerap kerana ia boleh membuat anda nampak gelisah.
Jangan bermain dengan pen, jam tangan, fail, jari atau pakaian ketika menjawab soalan kerana semua itu boleh menunjukkan anda kurang tenang.
Ekspresi wajah anda perlu selari dengan suasana dan topik yang dibincangkan.
Sewaktu menjawab soalan, pastikan wajah anda kelihatan fokus, tenang dan profesional.
Senyum apabila sesuai, terutama di awal sesi atau ketika menjawab soalan yang ringan, tetapi jangan senyum berlebihan pada situasi yang serius.
Elakkan tabiat seperti menggigit bibir, menggaru kepala, menyentuh muka berulang kali, memicit jari atau menarik nafas dengan jelas melalui mulut.
Kawalan ekspresi wajah sangat penting kerana panel mudah menilai kestabilan emosi melalui reaksi spontan anda.
Jika panel bercakap dengan tenang, jawab dengan tenang. Jika panel kelihatan bersemangat, anda juga boleh menunjukkan tenaga yang positif, tetapi masih terkawal.
Tujuan utama ialah untuk menunjukkan bahawa anda peka terhadap situasi dan mampu menyesuaikan diri secara profesional.
Jangan terlalu pasif sehingga kelihatan tidak berminat, dan jangan terlalu agresif sehingga menenggelamkan suasana formal sesi temu duga.
Anggukan kecil apabila panel sedang memberi penerangan boleh menunjukkan bahawa anda mendengar dengan teliti.
Gunakan anggukan secara sederhana. Sekali-sekala sudah memadai untuk menunjukkan anda fokus.
Anda juga boleh menggunakan respon ringkas seperti “Baik Tuan/Puan”, “Ya Tuan/Puan” atau “Faham Tuan/Puan” pada masa yang sesuai.
Elakkan mengangguk terlalu kerap kerana ia boleh kelihatan dibuat-buat dan mengganggu rentak percakapan panel.
Buat simulasi temuduga di hadapan cermin atau bersama rakan.
Latih dari awal, termasuk cara masuk, beri salam, duduk, menjawab soalan dan menutup sesi.
Anda boleh merakam video latihan untuk melihat semula gerakan tangan, postur badan, ekspresi wajah dan intonasi suara anda.
Jika temu duga berlangsung secara online, uji kamera, pencahayaan, mikrofon, internet dan kedudukan skrin terlebih dahulu.
Tips Tambahan Untuk Temuduga Online
Temuduga online kini menuntut disiplin yang sama seperti temuduga bersemuka. Malah, dari sudut tertentu, ia lebih mencabar kerana panel menilai anda melalui skrin.
Antara perkara penting yang perlu anda beri perhatian ialah:
Kesilapan Bahasa Badan Yang Perlu Dielakkan
Selain tahu apa yang perlu dibuat, anda juga perlu tahu apa yang patut dielakkan. Antara kesilapan yang sering dilakukan calon ialah:
Semua ini nampak kecil, tetapi dalam sesi temu duga, perkara kecil inilah yang boleh memberi isyarat tentang tahap kawalan diri dan keyakinan calon.
Bahasa Badan Bukan Satu-Satunya Penilaian Panel
Walaupun artikel ini memfokuskan kepada bahasa badan, anda perlu faham bahawa prestasi temuduga tidak bergantung kepada gaya duduk atau gerakan tangan sahaja.
Calon juga mesti memberi perhatian kepada perkara berikut:
Jadi, Boleh Atau Tidak Gerakkan Tangan Dan Tubuh Badan Ketika Temuduga?
Tetapi pastikan gerakan itu:
Bahasa badan yang baik akan membantu anda kelihatan lebih yakin, matang dan profesional. Namun bahasa badan yang terbaik ialah bahasa badan yang terkawal, semula jadi dan sepadan dengan cara anda bercakap.
Semoga anda berjaya dalam temuduga yang bakal dihadiri. Jika belum berjaya, teruskan memperbaiki diri, buat latihan simulasi dan tingkatkan persediaan anda dari semasa ke semasa.
Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Untuk makluman anda, rujukan temuduga kerja kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk membantu calon membuat persediaan yang lebih menyeluruh sebelum menghadiri sesi temu duga.
Dalam panduan ini, anda akan didedahkan dengan langkah demi langkah persediaan sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga, termasuk cara menjawab soalan panel, etika calon, teknik memperkenalkan diri dan pelbagai tip penting yang boleh membantu anda tampil lebih yakin.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Kembali Ke Atas