Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM600 Bantuan Khas Penjawat Awam Sabah & Bantuan Anak-Anak Sabah

1,621

Tersenyum lebar penjawat awam negeri Sabah dimana kerajaan negeri Sabah telah mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM600 dan akan dibayar mulai Januari 2021.

Pemberian bonus tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2021 dan pemberian ini membabitkan peruntukan sebanyak RM8.7 juta.

Apa yang diharapkan, insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri Sabah akan memberikan suntkan semangat kepada penjawat awam negeri untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

RM600 Bantuan Khas Penjawat Awam Sabah & Bantuan Anak-Anak Sabah

BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM NEGERI SABAH

Bantuan khas penjawat awam negeri Sabah ini adalah:

  • RM600
  • Dibayar pada Januari 2021

Sejajar dengan aspirasi Perkhidmatan Awam Negeri untuk menyediakan keperluan sumber manusia masa hadapan, kerajaan negeri sentiasa memberikan keutamaan terhadap pembangunan keupayaan dan kompetensi sumber manusia.

SENARAI BANTUAN NEGERI SABAH

Selain daripada bantuan khas kepada penjawat awam atau bonus kepada penjawat awam negeri Sabah, Ketua Menteri juga telah mengumumkan beberapa bentuk bantuan yang lain seperti:

1. BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Kerajaan negeri Sabah akan memberikan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi sebanyak:

  • RM2,000
  • Sekali bayar
  • Diberikan kepada pelajar negeri Sabah yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian tinggi (IPT) mulai tahun 2021.

2. BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)

Jumlah Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) ini ialah sebanyak:

  • RM200 / seorang

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN ANAK-ANAK SABAH

Untuk makluman anda juga, jumlah peruntukan bagi kedua-dua bantuan di atas adalah sebanyak RM12 juta yang membabitkan bantuan kepada anak-anak sabah yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT, pelajar Tingkatan 5 dan pelajar Tingkatakn 6 yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun hadapan.

RM600 Bantuan Khas Penjawat Awam Sabah & Bantuan Anak-Anak Sabah

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...