Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Penyakit Kronik, Musibah & Kebajikan STDI Melalui Tabung Darul Iman

3,549

Rakyat negeri Terengganu yang mempunyai penyakit kronik, dilanda pelbagai musibah boleh mendapatkan bantuan melalui Tabung Darul Iman.

Tabung darul Iman ini diwujudkan untuk meringankan beban rakyat yang dilanda pelbagai musibah termasuk penyakit kronik dengan pemberian bantuan yang bersesuaian dengan masalah mereka hadapi.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui cara permohonan serta syarat yang ditetapkan untuk permohonan bantuan penyakit kronik, musibah dan kebajikan STDI melalui Tabung Darul Iman.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENYAKIT KRONIK, MUSIBAH & KEBAJIKAN STDI MELALUI TABUNG DARUL IMAN

Syarat yang ditetapkan untuk permohonan bantuan penyakit kronik, musibah dan kebajikan STDI melalui Tabung Darul Iman ialah:

  • Rakyat negeri Terengganu atau menetap lebih 10 tahun dan mendapat sokongan pemimpin tempatan.
  • Pemohon atau penjaga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemilih di negeri Terengganu.

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN TABUNG DARUL IMAN

Lampirkan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda kerana HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES.

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (kanak-kanak) / Kad Pengenalan Pemohon / Ibu Bapa / Penjaga.
  • Salinan sijil kerajyatan negeri Terengganu / Akuan bermaustatin jika berkaitan.
  • Salinan surat / bukti lain yang memperakukan telah berdaftar sebagai pemilih Pilihanraya di Negeri Terengganu.
  • Surat / laporan pengesahan daripada agensi kerajaan yang berkaitan (bagi maksud bantuan musibah) atau surat / laporan pengesahan dari Pegawai / Pakar Perubatan Kerajaan bagi maksud Bantuan Perubatan.
  • Salinan Buku Akuan Pesakit dan Penama jika berkaitan.
  • Dokumen lain yang menyokong permohonan anda.

CARA PERMOHONAN BANTUAN TABUNG DARUL IMAN

Terdapat 2 kaedah untuk permohonan bantuan Tabung Darul Iman iaitu:

PERMOHONAN SECARA ONLINE

Untuk permohonan bantuan Tabung Darul Iman secara online, anda terus klik pautan ini sahaja:

  • STDI TABUNG DARUL IMAN
  • Pemohon perlulah mengisi borang permohonan secara online dan mencetak borang tersebut.

PERMOHONAN SECARA MANUAL

  • Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan mencetak borang permohonan di Portal Sekretariat Tabung Darul Iman atau mengambil borang di pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman / Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
    Pemohon perlulah mengisi borang tersebut secara manual.
  • Lampirkan bersama dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan
    – Laporan Polis / JKM
    – Laporan bomba / perubatan
    – Surat Kerakyatan Negeri Terengganu
Nota: Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN atau pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman untuk diproses.

BORANG PERMOHONAN

BORANG PERMOHONAN BANTUAN TABUNG DARUL IMAN

BORANG PERMOHONAN BANTUAN TABUNG SARA DIRI TAHUNAN

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN TABUNG DARUL IMAN

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui Portal Sekretariat Tabung Darul Iman:

Bantuan Penyakit Kronik, Musibah & Kebajikan STDI Melalui Tabung Darul Iman

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan Tabung Darul Iman di ssaluran berikut:

  • Pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman
    Lot PT 60254, Tingkat Bawah, 1 & 2, Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu.
  • Telefon: 09-623 3535 / 624 3535
  • Faks: 09-625 1212
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...