Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Banyaknya Makanan. Ini Cara Betul Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

2,024

Pelbagai Cara Simpan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Anda membuat persiapan untuk tidak keluar dengan kerap untuk membeli barang makanan sepanjang PKP ini sehingga makanan anda penuh di dalam peti sejuk.

Pening kepala fikir untuk menyusun apa yang perlu disimpan di dalam peti ais atau letakkan di luar sahaja?

Adakah anda perlu sumbat semua makanan tersebut di dalam peti sejuk rumah anda?

cover

Kaedah Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

Jika anda menyimpan makanan dengan kaedah yang betul, anda akan :

  • Memastikan makanan tahan lebih lama
  • Memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat dimakan
  • Mengekalkan rupa dan rasa makanan
  • Mengekalkan kesedapan makanan
  • Mengekalkan kandungan nutrien

Anda boleh menyimpan makanan :

  • Semua makanan yang siap dimasak yang telah disejukkan ke dalam bekas yang bertutup dibahagian atas.
  • Bahan mentah di dalam bekas yang bertutup seperti ayam,daging dan ikan di bahagian sejuk beku.
  • Seperti telur dibahagian yang lebih sejuk
  • Sayuran dibahagian bawah peti sejuk

Anda juga dilarang untuk menyimpan :

  • Makanan dalam tin yang telah dibuka dalam keadaan asal sebaliknya pindahkan ke dalam bekas penutup yang lain.
  • Simpan makanan yang masih panas kerana ia akan menyebabkan peti ais tidak dapat mengekalkan suhu sedia ada.
  • Daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkannya cepat rosak.

tips

Barang Yang Boleh Di Simpan Di Dalam Peti Ais

Anda pasti terkejut jika ada senarai berikut yang anda baru tahu ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.

1. Sos

Ini termasuk sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonis yang sudah dibuka. Kebanyakan kita suka simpan sos di luar tapi cara yang sebetulnya ialah anda perlu simpan dalam peti sejuk.Kalau anda perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis ‘refrigerate after opening’.Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di sekeliling mulut botol dan penutup botol. Jadi simpanlah di bahagian pintu peti ais.

2. Susu

Bahan asas seterusnya adalah susu. Untuk susu dalam tin tidak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti sejuk dibahagian pintu peti. Sebelum disimpan, jauh lebih baik jika anda tukar dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup seperti plastik atau kaca. Elakkan simpan susu bersama dengan tin asal kerana dalam peti sejuk keadaannya adalah lembap dengan oksigen yang boleh menyebabkan tin berkarat. Susu segar atau susu kotak pula perlu disimpan di bahagian dalam, jangan simpan pada bahagian pintu kerana suhunya paling tidak stabil dan sentiasa berubah. Perubahan suhu yang kerap boleh menyebabkan susu cepat rosak.

3. Telur

Terdapat dua cara menyimpan telur di dalam peti ais.

  • Simpan di luar peti ais

Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Pertama, terdapat tarikh luput dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum yang mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum sebelum tarikh luput). Anda tidak perlu membasuh telur yang hendak disimpan kerana pada bahagian kulit telur terdapat satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur yang mampu percepatkan telur rosak. Simpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari dan suhu yang stabil atau pada suhu bilik.

  • Simpan dalam peti ais (chiller)

Jangan disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Seeloknya hendaklah disimpan pada bahagian dalam peti (bahagian shelf) kerana pintu peti sejuk adalah kawasan yang mempunyai suhu yang tidak begitu stabil. Perubahan suhu yang ketara juga boleh menyebabkan telur cepat rosak atau busuk. Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur atau bekas yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor dengan makanan lain dalam peti ais.

4. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan tidak perlu disimpan dalam peti ais. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais kerana ia mempercepatkan tempoh untuk ubat tersebut rosak. Ini kerana ubat-ubatan cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan dan cahaya matahari. Ubat-ubatan elok di simpan dalam kabinet yang jauh daripada cahaya matahari dan agak dingin.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Sumber :

  • rasa.my
  • Blog Siinurul
  • SinarPlus
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...