Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bas Percuma Di Seluruh Pulau Pinang Mulai 1 Mac 2021

2,014

Melalui Belanjawan 2021 sebelum ini, pas perjalanan tanpa had My30 telah diperluaskan penggunaannya ke Pulau Pinang dan Kuantan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta.

Akhirnya bakal menjadi kenyataan dan rakyat Pulau Pinang bakal menikmati keistimewaan ini secara percuma mulai 1 Mac 2021.

Baca juga: Orang Penang Dan Kuantan Pula Bakal Nikmati Pas Perjalanan Prasarana RM30

Bagaimanakah caranya untuk dapatkan perkhidmatan bas secara percuma di Pulau Pinang? Lihat caranya disini.

TEMPOH PERKHIDMATAN BAS SECARA PERCUMA PULAU PINANG

Menurut Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari, semua rakyat Pulau Pinang boleh menggunakan kemudahan ini bermula:

  • 1 Mac 2021 hingga 31 Disember 2021 pada bila-bila masa

SIAPA YANG LAYAK MENIKMATI KEMUDAHAN INI?

Semua rakyat Pulau Pinang seperti berikut layak menikmati kemudahan perkhidmatan bas percuma ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki MyKad dan MyTentera yang sah.
  • Bagi berumur 12 tahun dan kebawah, mereka boleh menggunakan kad konsesi MyRapid untuk mendapatkan keistimewaan ini.

CARA MENIKMATI BAS PERCUMA PULAU PINANG

Untuk menikmati kemudahan ini, pengguna hanya perlu:

  • Melanggan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 berharga RM10

Bas Percuma Di Seluruh Pulau Pinang Mulai 1 Mac 2021

CARA MELANGGAN PAS PERJALANAN PERCUMA TANPA HAD MY30

Untuk melanggan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30, anda hanya perlu:

  • Membuat tambah nilai di mana-mana pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid Penang  dan sebagainya.
  • Membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid Penang.
  • Maklumkan kepada staf khidmat pelanggan Rapid Penang tersebut untuk membuat permohonan pas My30.
  • Pastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go.
Nota: Pengguna yang sudah mempunyai Pas Mutiara My30 tidak perlu lagi membeli kad baharu sebaliknya hanya memperbaharui kad secara percuma di kiosk tertentu.

JUMLAH KAD 10,000 KEPING SEBULAN

Pembiayaan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000 dengan jumlah kad sebanyak 10,000 keping sebulan.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta untuk program ini sehingga 31 Disember ini. Pengguna sedia ada berjumlah 2,300 dan kita menggalakkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan awam ini.

Prasarana kini mempunyai 400 buah bas namun ketika penularan pandemik Covid-19, hanya 200 bas sahaja yang aktif. Jumlah ini meliputi 50 laluan di seluruh Pulau Pinang.

Baca juga: Buy 1 Free 1 MY30 RapidKL Pas Tanpa Had Naik Tren & Bas. Siapa Cepat, Dia Dapat

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...