Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran iSinar Kategori 1 Bermula 1 April Secara Berperingkat.Semak iAkaun Anda Untuk Info Lengkap

19,677

Bayaran iSinar bagi bulan Mac telah dikreditkan ke akaun penerima masing-masing pada penghujung bulan Februari lalu berikutan kerajaan ingin memberi laluan kepada proses iSinar Tanpa Syarat agar berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, penerima iSinar Kategori 1 yang membuat pindaan jumlah amaun permohonan juga boleh membuat semakan status bermula 18 Mac yang lalu melalui portal iSinar Online.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan jadual pembayaran iSinar setiap bulan melalui iAkaun KWSP beserta jumlah bayaran yang akan dikredtikan ke akaun anda.

Rujuk: Cara Semak Jadual Pembayaran Bulanan iSinar Tanpa Syarat & Pindaan Amaun

PEMBAYARAN ISINAR APRIL 2021

Menurut info daripada KWSP, pembayaran bagi bulan April akan bermula pada:

  • 1 April 2021

KAEDAH PEMBAYARAN ISINAR

Kaedah pembayaran adalah sama seperti sebelum ini iaitu dikreditkan terus ke akaun pemohon dan pembayarannya adalah:

  • Secara berperingkat mengikut batch

Diingatkan kepada anda, pembayaran ini adalah kepada pemohon iSinar Kategori 1 sahaja dan bukan kepada pemohon iSinar Tanpa Syarat.

SEMAKAN BAYARAN iSINAR APRIL

Anda boleh membuat semakan bayaran untuk bulan April melalui iAkaun seperti berikut:

  • Klik https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Klik LOG MASUK.
  • Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
  • Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
  • Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
  • Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
  • Kemudian klik pada iSINAR.
  • Jadual pengeluaran wang iSinar akan dipaparkan kepada anda mengikut turutan termasuk pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini.

TIADA BAYARAN PADA BULAN MAC?

Bayaran pada bulan Mac ada, cuma ianya diawalkan ke bulan Februari dan pembayaran telah dikreditkan ke penghujung bulan Februari yang lalu.

Bagi mereka yang belum menerima bayaran bulan Mac yang diawalkan pula diminta bersabar kerana KWSP masih tidak dapat mengikut jadual yang diawalkan dan akan menerima bayaran mengikut jadual yang asal.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...