Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran iSinar Semua Kategori Bulan April Sedang Dibayar Ke Akaun Anda Berperingkat Sehingga 16 April 2021

10,581

Penerima iSinar yang belum menerima sebarang bayaran bagi bulan April tidak perlu khuatir kerana pihak KWSP telah menyatakan bahawa bayaran wang akan dikreditkan ke akaun masing-masing secara berperingkat.

Sebelum ini, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa bayaran iSinar Kategori 1 telah dilakukan pada bulan 1 April yang lalu secara berperingkat. Namun ramai yang menyatakan bahawa tiada sebarang bayaran diterima sehingga ke hari ini.

Berikutan hal itu, pihak KWSP telah menyatakan bahawa pembayaran untuk semua kategori telah dilakukan secara berperingkat sehingga 16 April 2021 ini.

TARIKH BAYARAN iSINAR SEMUA KATEGORI HINGGA 16 APRIL 2021

Tarikh bayaran iSinar untuk semua kategori adalah bermula pada:

  • 1 April secara berperingkat sehingga 16 April 2021

TEMPOH KREDIT iSINAR SEMUA KATEGORI

Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa:

  • 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda.

Bayaran iSinar Semua Kategori Bulan April Sedang Dibayar Ke Akaun Anda Berperingkat Sehingga 16 April 2021

KAEDAH BAYARAN iSINAR SEMUA KATEGORI

Seperti yang sedia maklum, pembayaran adalah secara kredit ke akaun pemohon seperti berikut:

  • Secara berperingkat mengikut batch

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN

Untuk membuat semakan, anda boleh masuk ke laman iAkaun KWSP anda dan buat semakan bayaran seperti berikut:

  • Klik https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Klik LOG MASUK.
  • Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
  • Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
  • Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
  • Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
  • Kemudian klik pada iSINAR.
  • Jadual pengeluaran wang iSinar akan dipaparkan kepada anda mengikut turutan termasuk pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...