Berapa Jumlah Bantuan Pemohon Bujang Berumur 28 Tahun Bergaji RM1500 Akan Terima Untuk Bantuan Prihatin? RM2400, RM1600 atau RM800?

0 859

Pengenalan

Bantuan Prihatin Nasional atau BPN menjadi fokus utama rakyat terutamanya yang mengalami masalah pendapatan terjejas akibat penularan wabak Covid-19 dan tidak dapat bekerja selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Kerajaan memberikan beberapa garis panduan yang boleh dijadikan panduan untuk anda memohon BPN pada 1 April 2020 nanti.

Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40

(YAB PERDANA MENTERI)

Sumber : Berita Harian

Keliru Dengan Jumlah Bantuan BPN Orang Bujang

Ada yang masih lagi keliru dengan jumlah bantuan yang akan dikreditkan kepada orang bujang seperti Leha jiran Makcik Kiah ini?. Adakah ianya RM2400 atau RM1600 atau RM800 sahaja?

Jangan keliru,cuba anda lihat gambar dibawah. Apa kata Siti?

apakatasiti
Sumber : https://www.facebook.com/MyGCCMalaysia

Jadi dalam hal ini, Leha hanya layak menerima bantuan sebanyak RM800 sahaja dan bantuan sebanyak RM1600 pula layak untuk pemohon yang sudah berkahwin,mempunyai tanggungan dan pendapatan isi rumah bawah RM4000.

RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

(YAB PERDANA MENTERI)

Sumber : Berita Harian

Persoalan dan Rujukan

Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai BPN dan yang berkaitan, anda boleh rujuk ke Facebook My GCC Malaysia untuk rujukan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...