Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Biasiswa MyBrainSC. Semak Syarat Kelayakan Disini

1,382

Kementerian Pendidikan telah membuka tawaran permohonan Biasiswa MyBrainSc untuk mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama, ijazah sarjana, dan juga ijazah kedoktoran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia juga terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Baca juga: Semak Cara Mohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021 JPA Disini. Mohon Sebelum 9 April 2020

OBJEKTIF PROGRAM BIASISWA MYBRAINSC

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA.
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate.
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA MYBRAINSC

Permohonan dibuka mulai pada:

  • 16 Mac 2021, jam 6 petang sehingga 15 April 2021, jam 11.59 malam

BIDANG PENGAJIAN UNTUK PROGRAM BIASISWA MYBRAINSC

Bidang pengajian yang ditawarkan untuk Program Biasiswa MyBrainSc adalah:

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA MYBRAINSC

Syarat permohonan untuk Program Biasiswa MyBrainSc adalah seperti berikut:

Kedoktoran (Ph.D)

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2021.
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen.
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

Sarjana

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2021.
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh.
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

Ijazah pertama

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 31 Disember 2021.
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level.
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level.
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

CARA MOHON PROGRAM BIASISWA MYBRAINSC

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.

Cara Mohon Biasiswa MyBrainSC. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  • Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Ijazah Pertama

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).

Ijazah Sarjana

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).

PhD

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Skrol Ijazah Sarjana.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
  • Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.

Baca juga: Cara Mohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa MyBrainSc di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...