Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Kini Di Buka

0 1,424

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa mana-mana mereka yang layak bagi memohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi pengajian 2020/2021. Tawaran ini dibuka bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara.

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) ini dikhususkan kepada warganegara yang belajar di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam. Jadi mana yang berminat, boleh memohon.

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Kini Di Buka

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Sesi 2020/2021

Permohonan bagi Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) ini boleh dibuat bermula pada 10 Februari 2020 hingga tarikh tutup pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Anda boleh mengisis borang secara dalam talian (online) melalui pautan disediakan di bawah.

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu 6 di peringkat Sarjana dan 6 di peringkat PhD

Syarat Kelayakan

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Memperoleh CGPA 3.75 atau Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Mudah (bagi peringkat Sarjana) serta CGPA 3.75 atau Kelas Pertama atau cemerlang dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat PhD)
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum/ aktiviti kemasyarakatan/ hasil kerja kreatif dan inovatif
  • Kemahiran dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa adalah satu kelebihan
  • Mendapat tempat pengajian di universiti terkemuka dunia atau universiti penyelidikan tempatan yang dipersetujui oleh JPA

Bidang Pengajian

  • Sains Dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada [email protected].

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...