Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam RM1,500 Januari & Jun 2018

1,865

Pada pembentangan Bajet 2018, kerajaan mengumumkan pemberian bonus penjawat awam sebanyak RM1,500 manakala bagi pesara kerajaan RM750.

Walaupun permohonan CEUPACS untuk mendapatkan bonus sebulan setengah gaji tidak ditunaikan, namun pemberian bonus khas ini diharapkan membantu penjawat awam dan pesara kerajaan.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bayaran itu akan diberikan sebanyak dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

“Manakala kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri,” katanya.

Untuk makluman, tarikh pembayaran bonus penjawat awam 2018 adalah pada 8 Januari 2018 (RM1,000) manakala selebihnya RM500 pada 7 Jun 2018 sempena Aidilfitri.

Selain pemberian bonus, penjawat awam juga boleh memohon PPA1M iaitu projek perumahan kakitangan kerajaan.

Baca juga: Kerajaan bantu bayar 10% deposit rumah melalui skim MyDeposit 2018

Harapan CEUPACS

bonus penjawat awam 2018

Sebelum pembentangan Bajet 2018, CEUPACS berkongsi antara 3 harapan mereka.

  1. Insentif 2 kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.
  2. Kaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95. Penetapan minima elaun RM180
  3. Pertimbangkan untuk memperluas kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kepada kumpulan penjawat awam lain.

Dalam pada itu, Cuepacs juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan dan tuntutan yang dikemukakannya demi memelihara kebajikan dan integriti penjawat awam.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata pihaknya menuntut kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk  diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

“Kami menuntut semakan gaji dapat dibuat dengan mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan, menyelaraskan beberapa elaun, bonus sebulan gaji dan tempoh kenaikan gred daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

“Permohonan ini diharap dapat dipertimbangkan supaya penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik setanding dengan negara-negara maju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Malaysia di Kepala Batas.

Katanya tuntutan itu juga seiring dengan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam berkelas dunia dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat menunaikannya bagi memberi inspirasi kepada penjawat awam.

Zainal berkata Cuepacs telah menghantar semua tuntutan dan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berharap ia dapat direalisasikan serta diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

Katanya Cuepacs  bukan kumpulan yang ingin menekan kerajaan tetapi tuntutan itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan kerajaan yang pihaknya tahu bahawa pimpinan sekarang mampu merealisasikannya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.602 juta penjawat awam di negara ini yang berkhidmat kepada kerajaan untuk memajukan negara dan sentiasa membela kerajaan.

“Kestabilan ekonomi negara kita sekarang mendapat pengiktirafan antarabangsa, dan Cuepacs yakin tuntutan itu tidak akan membebankan kerajaan demi kepentingan penjawat awam,” katanya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...