Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Ganti BSH. Isi Rumah Kurang RM2,500 Bakal Terima Bantuan Sebanyak RM1,200

2,235

Pembentangan Belanjawan 2021 sedang dibentangkan dan mari kita lihat apakah bantuan yang akan diberikan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat terutamanya.

Malahan bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik adalah seperti berikut :

1 Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

2Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

3 Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan.

4 Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

BANTUAN KEPADA KUMPULAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BULANAN ANTARA RM4,001 DAN RM5,000

Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 dan RM5,000.

  • Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.

BANTUAN KEPADA INDIVIDU BUJANG BERPENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH

Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan sebanyak :

  • RM350
Nota :Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...