Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BPTAR 2020: RM300 Sebulan Bantuan Pelajaran B40 IPTA. Mohon Sekarang

26,633

Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Awam (UA) dalam negara digalakkan untuk membuat permohonan Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak (BPTAR 2020) yang dibuka oleh Yayasan Tuanku Abdul Rahman.

BPTAR 2020 ini disasarkan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar tau daripada golongan B40. Ia bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar ini menampung kos sara hidup mereka sepanjang pengajian di IPTA / UA masing-masing.

JUMLAH BANTUAN PELAJARAN TUN ABDUL RAZAK (BPTAR 2020)

Pelajar yang layak menerima BPTAR 2020 akan mendapat bantuan sebanyak:

  • RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian.

Hanya 15 orang sahaja yang layak menerima Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak BPTAR 2020 bagi setiap universiti.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN PELAJARAN TUN ABDUL RAZAK BPTAR 2020

Permohonan untuk Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak BPTAR 2020 adalah:

  • Telah dibuka sekarang dan akan ditutup pada 9 Disember 2020.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PELAJARAN TUN ABDUL RAZAK BPTAR 2020

Semak syarat permohonan anda disini sebelum membuat permohonan Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak BPTAR 2020 seperti berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA.
  • Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
  • Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak untuk memohon.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN PELAJARAN TUN ABDUL RAZAK BPTAR 2020

Ikuti langkah-langkah permohonan Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak BPTAR 2020 seperi berikut:

  • Muat turun borang permohonan di sini.
  • Borang tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan tangan dan huruf besar atau ditaip.
  • Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  • Emel borang yang lengkap diisi bersama dokumen kepada pihak universiti sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Alamat emel tersebut boleh dirujuk seperti di bawah.
IPTA / UA EMEL
Universiti Malaya [email protected]
Universiti Sains Malaysia [email protected]/
[email protected]
Universiti Teknologi Malaysia [email protected]
Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]
Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected]
Universiti Teknologi Mara [email protected]

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan anda perlu dilengkapkan dengan sertakan bersama dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Surat pengesahan majikan ibu bapa.
  • Dokumen lain (sekiranya ada).
Nota: Perlu diingatkan bahawa pelajar yang berjaya menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR.Selain itu, mereka juga dikehendaki mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.Maklumat lanjut proses ini akan disusuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan pelajar.

INFO LANJUT

Untuk info selanjutnya, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...