Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BSN Micro-i Kredit Prihatin: Cara Mohon dan Daftar Pinjaman Sehingga RM75,000

8,882

Apa Itu BSN Micro i-Kredit Prihatin?

Bank Simpanan Nasional telah menyediakan satu skim pembiayaan mikro yang ditawarkan untuk membantu perusahaan mikro yang terjejas perniagaan mereka akibat penularan wabak Covid-19 iaitu BSN Micro-iKredit Prihatin.

bsn1

Kelayakan permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin

Jika anda adalah usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  • Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan

Ianya terbuka kepada semua sektor perniagaan.

bsn2

Amaun Pembiayaan / Pinjaman Yang Ditawarkan Di bawah BSN Micro/i Kredit Prihatin

Amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga sehingga RM75,000 (maksimum).

Tempoh Pembiayaan / Pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin

Tempoh pembiayaan / pinjaman ini adalah antara 1 hingga 5 setengah tahun.

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Dokumen sokongan yang diperlukan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
  • Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

langkah-langkah permohonan BSN Micro Prihatin

Tempoh kelulusan permohonan

Tempoh bagi kelulusan permohonan adalah selama 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.

Tarikh akhir permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin

Anda boleh memohon sekarang sehingga 31 Disember 2020.

Dengan siapakah pelanggan boleh berurusan jika berminat untuk membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?

Jika anda berminat untuk membuat permohonan, sila hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut.

Anda boleh dapati nombor telefon Eksekutif Pembiayaan Perniagaan di laman sesawang BSN https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2211 atau https://bit.ly/EksekutifPembiayaanPerniagaan .

Maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin

Jika anda ingin dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin anda boleh hubungi:

Sumber :

  • Facebook BSN
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...