Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara-cara Mengaktifkan i-Akaun Secara Online Oleh Ahli-ahli KWSP

0 2,903

Berita baik buat ahli-ahli KWSP kerana anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan KWSP secara online melalui sistem i-Akaun.

i-Akaun merupakan satu sistem aplikasi online bagi memudahkan ahli pemegang akaun KWSP dan juga majikan.

Dengan adanya i-Akaun KWSP online ini, ahli kwsp boleh mendapat maklumat berkaitan KWSP serta boleh menyertai tinjauan maklum balas dan kaji selidik berkaitan dengan semua inisiatif serta program yang dijalankan oleh i-Akaun.

SYARAT-SYARAT MENGAKTIFKAN i-AKAUN KWSP

Sebelum anda mengaktifkan i-Akaun KWSP secara online, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat yang telah digariskan adalah seperti berikut:

  • Bagi ahli KWSP mestilah mempunyai nombor ID dan nombor KWSP yang sah.
  • Bagi majikan pula mestilah mempunyai nombor KWSP yang sah.

CARA-CARA MENGAKTIFKAN i-AKAUN AHLI KWSP SECARA ONLINE

Sebelum anda menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Pendaftaran ini boleh dibuat di mana-mana kaunter atau kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda.

Anda juga boleh menghubungi pusat talian KWSP di talian 03- 89226000. Ahli boleh mengaktifkan akaun dengan menggunakan Kod Pengaktifan yang mempunyai 6 digit. Pengaktifan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi KWSP dalam masa 30 hari. Berikut merupakan cara-caranya.

1.) Layari laman web rasmi KWSP. Pilih Login ke i-Akaun Ahli.

kwsp 1
2.) Klik Pengaktifan i-Akaun (Login kali pertama)

kwsp 23.) Pilih setuju dan klik seterusnya.
4.) Isikan Nombor Kad Pengenalan.
5.) Isikan Kod Pengaktifan 6 digit yang diterima daripada SMS selepas pendaftaran.

kwsp 36.) Cipta ID Pengguna (Mengandungi huruf dan nombor antara 6 hingga 18 aksara.)
7.) Cipta password (Mengandungi huruf dan nombor antara 18 hingga 20 aksara.)
8.) Pilih soalan dan jawapan rahsia.
9.) Pilih imej online.

kwsp 410.) Isikan frasa rahsia. (Mengandungi abjad sahaja ataupun nombor sahaja atau kombinasi nombor dan abjad. Maksimum 10 aksara.)

kwsp 511.) Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan. Ahli boleh log in untuk menggunakan i-Akaun.

kwsp 6

CARA-CARA PENGAKTIFAN TAC

TAC atau Transactioan Authorisation Code merupakan satu kaedah yang digunakan untuk transaksi tertentu bagi menjamin keselamatan data di i-Akaun.

Sebagai contoh, apabila ahli KWSP atau majikan terlupa ID Pengguna atau password mereka, TAC akan dihantar melalui SMS kepada mereka. Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan TAC bagi ahli KWSP dan majikan.

Ahli

  • Anda boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kiosk atau kaunter cawangan KWSP terdekat.
  • Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat (8 pagi hingga 5 petang).

Majikan

  • Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit atau ID i-Akaun di mana-mana kaunter KWSP.

SYARAT-SYARAT MENGAKTIFKAN TAC

Ahli

  • Ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun
  • Ahli yang telah mendaftar i-Akaun boleh mengemaskini maklumat di mana-mana kiosk dan kaunter KWSP atau hubungi KWSP.

Majikan

  • Majikan telah mendaftar i-Akaun
  • Majikan yang telah mendaftar boleh membuat kemaskini di kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1 (i).

KELEBIHAN i-AKAUN YANG ANDA AKAN PEROLEH

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang bakal anda peroleh sekiranya anda mendaftar sebagai ahli i-Akaun KWSP.

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak penyata KWSP secara online
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Mengemaskini profil seperti alamat dan lain-lain pada bila-bila masa.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.
  • Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini.

Bersesuaian dengan era globalisasi ini di mana maklumat hanya dapat kita peroleh di hujung jari. Begitu juga dengan i-Akaun di mana anda boleh mendapat pelbagai maklumat dan kelebihan seperti yang telah disenaraikan jika anda mendaftar menjadi ahli i-Akaun. Diharapkan setiap ahli KWSP mendaftar i-Akaun ini untuk mendapat pelbagai kelebihan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...