Cara ‘Block’ Video YouTube Yang Tak Senonoh Dari Anak-Anak

0

Perhatian ibu bapa yang suka memberi gajet kepada anak-anak, berikut kami kongsikan cara “block” video YouTube yang tak patut ditonton mereka.

Untuk makluman, terdapat beberapa channel yang kononnya menyiarkan kartun Elsa, Frozen, Spiderman cuba mengotori minda anak-anak anda dengan video dan audio yang tak senonoh.

Laman web berita luar negara seperti BBC sudah melaporkan perkara ini sekian lama namun masih ada ibu bapa yang mengambil sikap sambil lewa.

Jika anda prihatin dan sayangkan masa depan anak-anak, sila kongsikan artikel ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Cara Block Video YouTube

Terdapat beberapa cara untuk block video yang tak senonoh di YouTube.

#1 – Install YouTube Kids

Paling selamat adalah unistall applikasi YouTube dan install YouTube Kids.

YouTube Kids hanya menyiarkan video-video kartun yang ditapis oleh YouTube sahaja. Jadi isi kandungannya lebih selamat berbanding YouTube biasa.

#2 – Aktifkan ‘RESTRICTED MODE’

Penetapan ‘Restricted mode’ boleh didapati dalam laman Youtube sama ada dengan menggunakan komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’ anda.

Langkah 1 : Buka laman web www.youtube.com.

Langkah 2 : ‘Scroll’ sehingga bahagian bawah sekali sehingga kelihatan pilihan ‘Restricted Mode’ dan klik perkataan ‘Restricted Mode’ tersebut.

Langkah 3 : Sejurus selepas itu, akan kelihatan dua butang untuk pilihan ‘On’ dan ‘Off’. Klik butang sebelum perkataan ‘On’ dan klik ‘Save’.

Kini, laman Youtube anda berada dalam keadaan ‘Restricted Mode : On’.

Walau bagaimanapun, sesiapa jua boleh menukar kembali penetapan ‘Restricted Mode’ini melainkan anda ‘lock’ kaedah ini dengan menggunakan akaun Youtube anda sendiri iaitu anda perlu ‘Sign in’ dan seterusnya lakukan langkah 1 & 2.

Membenarkan anak menggunakan atau memiliki gajet adalah pilihan masing-masing. Sekiranya kita memberi kebenaran kepada mereka untuk menggunakan atau memilikinya, kita sebagai ibu bapa mempunyai kuasa untuk mengawal penggunaan gajet tersebut.

Sekadar mengaplikasikan cara ‘block’ Youtube ini sahaja mungkin tidak memadai. Pantau juga anak dari segi video yang ditonton, gambar yang dilihat serta maklumat yang diakses oleh mereka. Usah biarkan mereka hanyut dalam kebebasan dunia tanpa sempadan ini.

Beri perhatian serius dalam setiap hal yang melibatkan anak termasuklah dari aspek penggunaan gajet ini. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur serta berlaku perkara yang tidak diingini, barulah kita menyesali kebebasan yang diberikan kepada anak-anak. Semoga kita semua sentiasa dihindari daripada perkara-perkara negatif yang boleh memudaratkan kita dan masyarakat.

Baca juga: Tarikh Pembayaran Gaji 2018

Via SirapLimau

Comments
Loading...