Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Proses Penamaan Waris KWSP Yang Ramai Tak Tahu. Jom Mudahkan Urusan Waris Anda Nanti

3,082

Wow! Banyak betul simpanan KWSP selama 10 tahun bekerja. Boleh guna untuk untuk masa hadapan nanti bila dah berhenti kerja.

Tunggu dulu, berhenti berangan dahulu sekiranya anda belum meletakkan penama bagi akaun KWSP anda. Ini sangat penting kerana belum sah waris akan mendapat semua simpanan KWSP anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika tiada penama, proses tuntutan akan menjadi lebih susah dan rumit dan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

PENAMAAN KWSP

Penama untuk simpanan KWSP anda merupakan individu atau institusi yang akan menerima dan nia  simpanan KWSP apabila pemiliknya meninggal dunia. Dengan adanya penama, sebarang kesulitan dapat dikurangkan dan memastikan hanya orang yang sepatutnya mendapat jaminan kewangan disalurkan dengan betul.

Penamaan ini sangat penting untuk :

  • Memudahkan proses pengeluaran.
  • Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokuemn pihak ketiga dari Pejabat Tanah / Mahkamah.
  • Memastikan waris mewarisi simpanan KWSP.
  • Agar tidak menimbulkan situasi tidak adil pembahagian simpanan KWSP pemilik kepada waris.

SYARAT KELAYAKAN PENAMAAN KWSP

Untuk membuat penamaan waris KWSP, anda perlu semak dahulu syarat kelayakan seperti berikut :

  • Semua warganegara Malaysia.
  • Ahli yang bukan warganegara Malaysia boleh membuat penamaan sekiranya :

i. Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
ii. Telah mendapat Taraf Penduduk Tetap (PR)

  • Telah mencapai umur 18 tahun atau lebih.
  • Penamaan perlu dibuat oleh ahli sendiri.
  • Borang KWSP 4 mestilah diisi dengan lengkap atau hadir sendiri dimana-mana cawangan KWSP yang berhampiran.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sertakan bersama dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda.

WARGANEGARA MALAYSIA /PR

  • Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Salinan Kad Pengenalan  /MyKad / Kad Pengenalan Tentera
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama

BUKAN WARGANEGARA 

  • Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
  • Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Salinan pasport yang sahlaku
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama
Nota : Penamaan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa apabila anda mengemukakan Borang KWSP 4 yang terkini. Penamaan yang terdahulu akan terbatal dan penamaan baru akan menggantikan penamaan yang terdahulu.

PENGELUARAN CARUMAN KWSP TANPA PENAMAAN

Sekiranya ahli KWSP tidak sempat membuat penamaan dan meninggal dunia, waris masih lagi boleh membuat permohonan pengeluaran di pejabat KWSP yang terdekat mengikut syarat berikut :

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998).
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa).Tertakluk kepada status perkahwinan ahli.
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun.
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP.

Pengeluaran simpanan ini layak dimohon oleh :

  • Balu / duda ahli sekiranya telah berkahwin.
  • Anak-anak atau penjaganya, ibu bapa, adik beradik atau Pentadbir Pusaka layak membuat permohonan.
  • Bagi ahli yang bujang pula, ibu bapa,adik beradik atau Pentadbir Pusaka layak membuat permohonan pengeluaran ini.

PEMBATALAN PENAMAAN SIMPANAN KWSP

Penamaan waris untuk simpanan KWSP anda akan terbatal seperti yang dinyatakan di jadual berikut :

Cara Buat Proses Penamaan Waris KWSP Yang Ramai Tak Tahu. Jom Mudahkan Urusan Waris Anda Nanti

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penamaan waris, sila hubungi pihak KWSP di saluran berikut :

Atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...