Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Stok Pati Kurma Ready Minum, Susu Sahaja Nanti Waktu Sahur

1,391

Terdapat pelbagai jenis susu kurma yang ada dipasaran kini. Anda hanya perlu memilih jenama yang anda gemari. Namun jika buat sendiri, lebih jimat dan berbaloi.

Pernahkah anda membuat stok pati kurma sendiri? Stok pati kurma ini sangat bagus kerana boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan dan minuman.

Jadi, disini dikongsikan cara untuk membuat pati kurma untuk simpanan anda.

Stok Pati Kurma

Isi Kandungan

Bahan yang diperlukan semestinya adalah buah kurma. Jika sayangkan buah kurma dan mengelak daripada menjadi buruk, anda boleh terus buat pati kurma dan simpan atau boleh dijadikan bahan untuk resepi berbuka nanti.

Cara Penyediaan

Berikut adalah cara penyediaan stok pati kurma. Anda boleh ikut langkah-langkah seperti gambar berikut.

Ambil kurma, buang biji dan cuci bersih.

buang biji kurma

Kukus atau stimkan kurma selama 20 minit.

stim kurma

Kisar kurma sehingga hancur.

blend hancur

Letakkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

simpan dalam bekas

Campurkan 2 sudu pati kurma dengan susu. Boleh tambah dengan badam,kismis atau strawberi. Siap untuk dinikmati.

campur dengan susu

Wah, cepatnya. Dah siap dah pun.

Pati kurma ini juga boleh digunakan sebagai puri untuk makanan bayi malahan juga boleh digunakan untuk masakan seperti acar buah dan kek. Sebenarnya Banyak juga kegunaan pati kurma ini jika anda hendak tahu.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • Remaja
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...