Cara Dapatkan Semula Roadtax Baharu Kenderaan Sekiranya Hilang

0

Sekiranya dokumen paling penting bagi manusia adalah kad pengenalan, dokumen penting bagi kenderaan pula adalah roadtax. Oleh itu, setiap kenderaan wajib memiliki roadtax untuk melalui jalan raya.

Perkara yang sering menjadi kebimbangan majoriti rakyat Malaysia adalah apabila roadtax kenderaan mereka hilang. Anda semestinya panik sekiranya perkara ini terjadi kerana memandu kenderaan yang tidak memiliki roadtax adalah salah di sisi undang-undang.

Jangan bimbang! Anda sebenarnya boleh mendapatkan roadtax yang baharu untuk kenderaan tersebut. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Cara Mendapatkan Roadtax Baharu Kenderaan Sekiranya Hilang. Cara-caranya tidaklah sesukar mana. Ikuti sahaja langkah-langkah yang kami kongsikan ini.

DOKUMEN YANG PERLU ANDA BAWA UNTUK MEMOHON ROADTAX BAHARU

Sebelum kami kongsikan cara-caranya, anda perlulah tahu beberapa dokumen yang wajib anda bawa ke JPJ untuk memohon roadtax kenderaan yang hilang. Terdapat dua kategori bagi dokumen-dokumen ini. Pertama kategori pemilik kenderaan. Ini bermaksud sekiranya kenderaan tersebut merupakan milik anda, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

1.) Kad pengenalan
2.) Salinan geran kenderaan
3.) Borang K yang telah siap diisi

Kategori kedua pula adalah Bukan Pemilik Kenderaan. Ini bermaksud sekiranya kenderaan yang hilang roadtaxnya itu bukan milik anda. Sebagai contoh, anda hanya membantu orang lain untuk mendapatkan roadtax kenderaannya yang hilang. Sediakan dokumen-dokumen berikut.

1.) Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
2.) Salinan geran kenderaan
3.) Salinan kad pengenalan anda (sebagai wakil)
4.) Borang K yang telah siap diisi

APAKAH ITU BORANG K?

Borang K adalah Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Setiap permohonan untuk mendapatkan roadtax baharu yang hilang perlulah mengisi borang ini. Anda boleh mendapatkan borang ini di mana-mana cawangan JPJ. Di bawah merupakan contoh gambar Borang K.

Cara Dapatkan Semula Roadtax Baharu Kenderaan Sekiranya Hilang

BAGAIMANA JIKA ANDA TIADA SALINAN GERAN KENDERAAN?

Satu lagi permasalahan yang sering terjadi adalah kebanyakan daripada pemohon tiada salinan geran kenderaan. Bagaimana jika perkara ini berlaku? Adakah anda masih layak memohon roadtax baharu sekiranya tiada salinan geran kenderaan?

Jawapannya adalah ya! Anda masih boleh memohon roadtax baharu walaupun tidak memiliki salinan geran kenderaan. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu memberitahu nombor pendaftaran ataupun nombor plat kenderaan anda.

CARA MENDAPATKAN ROADTAX BAHARU KENDERAAN YANG HILANG

Berikut merupakan cara yang perlu anda turuti untuk mendapatkan roadtax baharu bagi kenderaan anda untuk menggantikan roadtax lama yang telah hilang.

1.) Pergi ke mana-mana cawangan JPJ.
2.) Isi Borang K
3.) Sediakan semua dokumen yang diperlukan (seperti yang dicatatkan di atas).
4.) Maklumkan tujuan anda untuk mendapatkan roadtax baharu di kaunter.
5.) Tunggu permohonan anda siap diproses.

BAYARAN DENDA UNTUK MENDAPATKAN ROADTAX BAHARU KENDERAAN SEKIRANYA HILANG

Sebagai denda kerana kecuaian anda menghilangkan roadtax kenderaan, anda perlulah membayar wang. Nilai denda yang dikenakan adalah berbeza berdasarkan jenis kenderaan. Berikut merupakan nilai dendaannya.

  • Kereta: RM50
  • Motosikal: RM20

Untuk makluman anda juga. proses mendapatkan roadtax baharu ini tidaklah lama. Anda hanya perlu menunggu sebentar sahaja sementara pihak JPJ menguruskan permohonan anda. Jadi, buat anda yang kehilangan roadtax kenderaan, janganlah risau. Mudah sahaja cara untuk anda mendapatkan semula roadtax yang baharu.

Comments
Loading...