Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

2,044

Aplikasi e-Filing

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. Barikut adalah antara BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing :

  • Borang B/BT (e-B/e-BT)  : Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
  • Borang BE (e-BE) : Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
  • Borang P (e-P) : Borang Nyata Perkongsian
  • Borang M/MT (e-M/e-MT) : Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
  • Borang E (e-E) : Borang Nyata Oleh Majikan
  • Borang C (e-C) : Borang Nyata Syarikat

Cara Isi Borang eFiling Online Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

Berikut adalah beberapa cara untuk anda mengisi borang e-Filing secara online.

1. Log Masuk

Aktifkan dahulu nombor PIN pada Login Kali Pertama bagi mendapatkan sijil digital.

  • Layari laman ini dahulu : https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau http://www.hasil.gov.my/
  • Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor Pin e-Filing terlebih dahulu dari kaunter Khidmat Pelanggan LHDNM.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat.
  • Klik butang hantar.

2. e-Borang

Setelah berjaya login, anda akan melihat paparan e-Borang dibahagian e-Filing seperti gambar di bawah.

eborang

3. Klik Pautan e-Borang

  • Pilih jenis borang
  • Klik tahun taksiran

Borang e-BE dipaparkan maklumat seperti berikut :

  • Maklumat Individu
  • Pendapatan berkanun, Jumlah Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  • Pelepasan / Rebat / Tolakan cukai / Pelepasan Cukai
  • Rumusan

pautan eborang

4. Maklumat Individu

Isikan maklumat yang betul dan tepat terutama diruang yang bertanda (*) kerana ianya adalah ruangan mandatori. Maklumat anda akan disimpan setelah anda klik pada butang seterusnya.

  • Klik butang Nota Penerangan BE untuk penerangan mengenai borang BE
  • Klik pautan English sekiranya anda ingin isi borang dalam bahasa English.

e-be

5. Pendapatan Berkanun (Cara Isi Borang e-Filing Online)

  • Dibahagian ini, anda boleh isikan maklumat berkenaan pendapatan.

maklumat pendapatan

  • Kemudian anda isikan maklumat untuk pelepasan cukai

pelepasan cukai

6. Rumusan

Pada bahagian rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau ” Baki Cukai Kena Bayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

rumusan

7. Akuan

Terdapat 3 pilihan menu pada bahagian ini iaitu :

  • Cetak Draf Borang : Cetak draf borang dalam bentuk PDF
  • Tandatangan dan hantar : Untuk menghantar e-Borang
  • Kembali : Kembali ke skrin sebelumnya

Anda klik butang Tandatangan dan hantar untuk menghantar e-Borang.

akuan

Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah :

paparan

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti di dalam paparan untuk menghantar borang anda.

8. Pengesahan Penerimaan Borang Cukai Pendapatan

Selepas borang dihantar, skrin akan memaparkan pengesahan penerimaan borang cukai pendapatan anda.

Anda boleh klik :

  • Simpan & Cetak Pengesahan, atau
  • Simpan & Cetak e-BE, atau
  • Keluar

pengesahan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut cara atau panduan untuk mengisi borang ini, anda boleh terus ke pautan ini, https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf

Anda juga boleh dapatkan panduan dan maklumat di ;

Sumber :

  • LHDNM
  • tcer.my
Comments
Loading...