Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Membeli Nombor Unik ID UPU 2018

0 1,377

Nombor unik ID UPU wajib dibeli terlebih dahulu sebelum pelajar mengisi borang UPU 2018. Berikut dikongsikan langkah-langkah pembelian nombor tersebut di Bank Simpanan Nasional (BSN).

  • Pembelian boleh dibuat mulai 05 Februari hingga 09 April 2018. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.
  • Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.
  • Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.
  • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.

PERINGATAN : Nombor PIN UPU anda adalah SULIT. Jangan dedahkan kepada orang lain walaupun kawan baik. Ini kerana jika disalah guna akan mendatangkan masalah di kemudian hari.

Untuk maklumat lanjut layari portal BSN.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...