Cara Menyemak Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 2019

0

MRSM ataupun nama penuhnya Maktab Rendah Sains MARA merupakan pusat pengajian peringkat menengah yang dikelola oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya dalam melahirkan generasi yang berkualiti serta cemerlang.

Oleh sebab itulah, ribuan murid sekolah yang telah berjaya menamatkan peringkat rendah mereka dengan cemerlang berpusu-pusu membuat permohonan untuk menyambung pengajian di MRSM bagi peringkat menengah.

MRSM ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu untuk menyediakan pendidikan terutamanya kepada golongan bumiputera kurang berkemampuan serta tinggal di luar bandar. MRSM juga berhasrat melahirkan seramai yang boleh generasi bumiputera yang berjaya.

Untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2019, MRSM telahpun membuka permohonan. Jadi, bagi semua murid-murid tahun 6 yang berhasrat untuk memasuki MRSM semasa Tingkatan 1 kelak bolehlah mengemukakan permohonan dalam tempoh tarikh berikut.

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2019

Berikut merupakan tarikh permohonan dibuka. Sekiranya anda berminat, pastikan anda mengisi permohonan dalam tempoh tarikh ini.

  • Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM: 9 September 2018 – 20 November 2018

Sekiranya anda telah pun membuat permohonan, anda kini perlu menunggu tarikh untuk membuat semakan status permohonan anda. Setelah tarikh tersebut tiba, anda bolehlah membuat semakan keputusan permohonan anda itu.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN MRSM

Berikut merupakan tarikh semakan keputusan kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 dibuka.

  • Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan MRSM: *Akan dimaklumkan kelak*

CARA UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM

Terdapat dua cara untuk anda menyemak status permohonan bagi kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 iaitu secara online dan juga dengan menggunakan SMS. Kami akan kongsikan kedua-dua cara untuk menyemak tersebut dengan anda.

CARA MEMBUAT SEMAKAN SECARA ONLINE

Bagi anda yang berkeinginan untuk membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 secara online, anda bolehlah mengikuti cara yang dikongsikan ini. Berikut merupakan cara-caranya.

1.) Layari laman web Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM. Sila klik link di bawah.

  • Link Untuk Menyemak Secara Online: Klik Sini

2.) Masukkan angka giliran UPSR anda sebagai kata laluan.

3.) Keputusan anda tersedia.

CARA MEMBUAT SEMAKAN MENGGUNAKAN SMS

Bagi anda yang kurang berminat untuk menyemak secara online, anda juga boleh turut menyemak keputusan ini dengan menggunakan SMS. Berikut merupakan cara yang perlu anda lakukan.

  • Taip: mara (jarak) mrsm (jarak) angka giliran dan hantar ke 15888

MAKLUMAN BUAT PEMOHON YANG LULUS

Setelah menyemak, anda akan mengetahui keputusan anda sama ada berjaya atau tidak. Sekiranya berjaya, terdapat beberapa makluman yang perlu anda teliti dan ambil perhatian. Berikut merupakan makluman-makluman tersebut.

  1. Makluman akan dihantar menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) kepada calon yang lulus permohonan
  2. Calon yang lulus permohonan hendaklah mencetak surat tawaran rasmi daripada aplikasi semakan online seperti pautan di atas
  3. Calon yang lulus permohonan perlu mengesahkan penerimaan / penolakan tawaran dalam tempoh (7) hari selepas semakan keputusan dikeluarkan
  4. Sekiranya calon tidak mengesahkan penerimaan ianya akan dianggap sebagai menolak tawaran tesebut

MAKLUMAN BUAT PEMOHON YANG GAGAL

Bagi pemohon yang gagal pula, terdapat juga beberapa makluman yang perlu anda teliti dan ambil perhatian. Antara makluman tersebut adalah seperti berikut.

  1. Calon yang gagal dalam permohonan kali pertama boleh membuat permohonan rayuan melalui aplikasi semakan keputusan yang sama seperti pautan di atas dengan klik kepada butang pautan rayuan.
  2. Jika butang pautan rayuan tiada semasa membuat semakan keputusan, pemohon boleh berusaha untuk menghantar surat permohonan rayuan rasmi secara bertulis kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA di alamat yang disediakan di bawah
  3. Perlu diingatkan bahawa keputusan bagi permohonan rayuan adalah tertakluk kepada merit yang diperolehi pemohon dan kekosongan penempatan setelah proses pendaftaran pelajar baru ambilan pertama selesai

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN MRSM DAN MARA

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan sebarang persoalan, anda bolehlah menghubungi pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) di talian-talian berikut:

  • Talian Utama MARA: 03­26132000
  • Tel Unit Pengambilan & Penempatan : 03­2613 4533 / 03­2613 4532 / 03­2613 4531
  • Faks : 03­2691 1658
  • Alamat: Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

Apabila tarikh semakan dibuka kelak, anda bolehlah mula menyemak keputusan permohonan anda untuk kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM sama ada melalui online ataupun secara SMS. Kami ucapkan selamat berjaya buat anda!

Comments
Loading...