Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Nak Baiki Telefon Yang Tak Boleh On

5,143

Handphone Satu Keperluan

Zaman sekarang, penggunaan telefon sudah menjadi keperluan asas kepada setiap orang. Jika tiada handphone, susahlah untuk melakukan kerja seharian. Semua maklumat akan dihantar melalui handphone serta boleh menjadi scanner, wifi, kalkulator, kamera, waze, ramalan cuaca dan perakam suara serta pelbagai fungsi lagi.

Tiba-tiba handphone anda tidak dapat hidup.

Apa puncanya?

Bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah ini?

Punca Handphone Tidak Dapat On

1. Port Charging

Port charging adalah alat yang di gunakan untuk mengalirkan arus elektrik dari kabel cas ke telefon. Sekiranya berlaku kerosakan kepada port charging bateri anda tidak dapat di cas. Hal ini boleh menyebabkan, telefon pintar tidak mendapat arus elektrik.

port charging rosak

2. Bateri

Seperti anda sedia maklum, bateri adalah sebuah penyimpan tenaga elektrik. Ia akan menyimpan tenaga arus elektrik dan memberikan tenaga elektrik kepada papan induk. Sekiranya, bateri anda mempunyai masalah ia akan mengganggu kemasukan arus elektrik ke papan induk anda.

bateri rosak

3. LCD

LCD berfungsi sebagai pameran paparan yang mempunyai warna, bentuk dan lain-lain. Sekiranya, LCD anda menghadapi masalah ia akan membuatkan telefon anda tidak boleh hidup. Disini bermaksud apabila anda cuba menghidupkan telefon anda ia tidak akan mengeluarkan apa apa gambar pada LCD anda. Apabila berlaku masalah ini anda perlu menukar skrin LCD anda.

lcd rosak

4. Papan Induk (Motherboard)

Ini adalah satu komponen paling penting dalam semua peranti elektronik. Ia akan mengarahkan semua komponen untuk melakukan semua kerja yang ada. Diatas papan induk mempunyai banyak komponen-komponen yang penting. Sekiranya papan induk berlaku litar pintas ia akan mengganggu kerja yang di lakukan oleh papan induk tersebut. Punca terjadi masalah ini akibat cas yang melebihi arus yang di minta dan ia akan merosakkan motherboard anda.

motherboard rosak

5. Masuk Air

Anda masukkan handphone ke dalam poket. Ketika di bilik air, anda terlupa bahawa telefon ada di dalam poket seluar anda. Telefon terjatuh dan termasuk ke dalam baldi. Handphone anda tiba-tiba tidak dapat on walaupun telah dikeringkan.

masuk air

Cara Baiki

1. Sambungkan Handphone Komputer dengan Kabel USB

Jika pengecas biasa tidak boleh menghidupkan handphone, langkah seterusnya dengan menyambung handphone ke komputer/laptop.

Sila sambungkan handphone ke PC menggunakan kabel USB.

Selepas disambungkan, tekan butang kuasa dan butang turun dan naik serentak sehingga bunyi bip didengar, kemudian tunggu selama 2-4 minit.

sambung kabel

2. Buka Semua Komponen Dalam Handphone

Jika telefon anda masuk air, matikan dahulu handphone anda, buka bateri, sim card dan kad SD. Masukkan ke dalam vacuum bag dan sedut. Ada juga petua dengan memasukkan handphone ke dalam beras kerana beras membantu untuk menyedut dan mengeringkan air yang ada di dalam handphone anda. Jangan gunakan hair dryer.

 

beras dan phone

3. Factory Reset Handphone

Jika telefon pintar berada dalam keadaan yang kadang-kadang menyala dan kadangkala mati, mungkin ada masalah dengan perisian kerana android sedang mengemaskini aplikasinya.

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan ialah melakukan factory reset melalui recovery mode.

Kaedah ini dilakukan dengan mematikan telefon dan kemudian menghidupkannya dengan menekan butang volume tambah + volume tolak + butang on.

Sebelum melakukan factory reset, anda perlu pastikan data dalam telefon pintar disimpan  terlebih dahulu kerana ia boleh memadamkan data anda secara kekal.

factory reset

4. Cas Handphone

Secara fizikal, tanda-tanda handphone yang benar-benar mati adalah skrin hitam dan tidak boleh dihidupkan semula atau bila di cas handphone tapi bateri tidak naik.

Kadang-kadang anda tidak menyedari bahawa handphone boleh kehabisan kuasa.

Oleh itu, jangan terlalu cepat panik jika handphone yang hidupkan kemudian off semula.

Untuk memastikan ini, cubalah mengecasnya selama 16-21 minit untuk memastikan bahawa handphone hanya kehabisan bateri.

Jika benar-benar tidak ada reaksi, maka kemungkinan besar handphone anda akan mati sepenuhnya.

charging phone

5. Bawa Ke Kedai / Service Centre Atau Beli Baru

Jika anda telah melakukan semua langkah diatas dan handphone anda masih juga tidak hidup, langkah terakhir adalah dengan membawanya ke kedai atau servis centre yang berdekatan.

Kerana mungkin terdapat beberapa kemungkinan seperti masalah perkakasan atau komponen lain yang menyebabkan handphone mati sepenuhnya.

Gunakan waranty card sekiranya berada dalam tempoh jaminan, sekiranya tidak, terpaksalah korbankan duit untuk membeli handphone baru.

baiki phone

Sumber :

  • mrfix.com
  • exfiz.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...