Cara Pengiraan Dividen ASB 2017 Sebanyak 8.25 Sen Sesaham

0

PNB baru sahaja mengumumkan dividen ASB 2017 iaitu sebanyak 8.25 sen sesaham. Berikut kami kongsikan cara pengiraan dividen tersebut.

Cara Pengiraan Dividen ASB 2017

[7.25% + 1.00%] Baca bagi faham. Rugi kalau tak ambil tahu.

TAHNIAH Diucapkan pada para Pelabur ASB especially pada yang menggunakan platform ASBF.

  • Dividen: 7.00 %
  • Bonus Dividen: 0.25 %
  • Bonus Ulang Tahun: 1.00 % (BARU)
  • TOTAL DIVIDEN (HASIL) = 8.25 %

CONTOH PENGIRAAN

Jika Ali ada ASBF 200K maka jumlah Dividen ASB 2017 beliau:

= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500

Bonus Ulang Tahun ASB

= 10,000 unit pertama (tunai/sijil asbf) x 1.00%
= 10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100

Maka secara tak langsung, sejumlah RM14,600 akan dikredit kedalam Akaun ASB Ali.

= (Dividen + Bonus) + Bonus Ulang Tahun
= RM14,500 + RM100
= RM14,600

Ali boleh mengemaskini penyata Simpanan Unit Amanah beliau untuk akaun ASB melalui MyASNB yang dibuat melalui sistem atas talian. (Online)

Penafian:

Pengiraan diatas untuk menunjukkan kiraan setahun lengkap pelaburan dalam ASB

Pengiraan Dividen ASB adalah bersifat “Pro Rata Bulanan”. Maksudnya jika kalian baru invest 6 bulan setakat tahun 2017 ini, maka ayat Matematik [ 6/12 ] akan digunakan dan bukannya [ 12/12 ]

Pengiraan “Bonus Dividen” ASB tahun 2017 ini sudah ditukar formatnya, menjadikan pengiraannya seperti kiraan “Dividen” yang biasa. Suatu anjakan yang cukup hebat

Trend Dividen ASB

Trend menaik dah tiba masanya. Diharap dan didoakan agar dividen ASB kembali meroket selepas ini. Alhamdulillah. “Pelabur Bijak mulakan sekarang, agar Bijak Dahulu, Bijak Kini & Bijak selamanya..”

Comments
Loading...