Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Boleh Tuntut Faedah Insuran Pekerjaan Sehingga 80% Gaji Bulanan. Ini Caranya Buat Tuntutan

11,154

Berikutan pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang yang ketiga, terdapat ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan dalam pelbagai sektor. Ini disebabkan kerana terdapat beberapa syarikat dalam sektor-sektor tertentu tidak dibenarkan beroperasi secara sepenuhnya.

Namun, pihak kerajaan sedaya upaya membantu rakyat dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif serta insentif seperti pemberian BPN, BSH, GKP, Subsidi Upah Pekerja dan pelbagai lagi bantuan yang bertujuan untuk membantu rakyat khasnya.

ANDA DIBERHENTIKAN KERJA!

Diberhentikan kerja bermakna anda akan hilang punca pendapatan. Ianya satu situasi yang amat menakutkan bagi sesiapa sahaja yang berada dalam situasi kehilangan kerja. Tambahan pula proses mendapatkan kerja baru dalam keadaan semasa sekarang (PKP) adalah amat mencabar.

Bagi pekerja swasta yang diberhentikan kerja mungkin anda boleh menarik sedikit nafas lega sekiranya anda ada mendaftar dalam Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) atau Employment Insurance System (EIS).

Ringkasnya melalui Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) ini anda akan diberikan bantuan faedah kewangan oleh PERKESO berdasarkan pendapatan bulanan anda sebelum ini sekiranya diberhentikan kerja oleh majikan secara tiba-tiba.

Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) atau Employment Insurance System (EIS) bukan sesuatu yang baru tetapi ramai pekerja masih tidak alert mengenai cara membuat tuntutan ini.

Jika anda belum tahu, jom kita lihat cara untuk membuat tuntutan sehingga 80% gaji bulanan anda di bawah.

INFO RINGKAS MENGENAI SIP / EIS

SIP / EIS  diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2018 dengan tujuan :

  • Membantu pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan dengan bantuan kewangan kepada pencarum yang hilang kerja selam 6 bulan.
  • Membantu pencarum mendapatkan pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan atau Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

MANFAAT YANG DITAWARKAN SIP / EIS

Antara manfaat yang ditawarkan oleh SIP / EIS untuk melindungi kepentingan pekerja adalah :

1 Program Penempatan Pekerjaan Semua

  • Membantu anda mencari pekerjaan baru, temuduga kerja, latihan dan perkhidmatan kaunseling untuk menyokong anda yang kehilangan kerja.

2 Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Elaun ini diberikan untuk anda yang mempunyai lebih dari 1 pekerjaan dan hilang 1 pekerjaan walaupun tidak hilang semua.

3 Yuran Latihan (FL)

  • Yuran ini adalah untuk anda yang terpilih mengikuti latihan yang disyorkan oleh PERKESO tidak lebih 6 bulan dengan jumlah yuran maksimum RM4,000.

4 Elaun Latihan

  • Anda juga akan diberikan insentif kewangan untuk memotivasikan anda terus hadir latihan yang dianjurkan oleh PERKESO.

5 Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Anda juga akan dibayar faedah sekiranya mendapat pekerjaan lebih awal daripada jangkaan.

JADUAL CARUMAN SIP / EIS

Rujuk jadual dibawah untuk dapatkan jumlah caruman SIP / EIS mengikut gaji :

Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Boleh Tuntut Faedah Insuran Pekerjaan Sehingga 80% Gaji Bulanan. Ini Caranya Buat Tuntutan

Kadar caruman adalah secara fixed rate sebanyak RM7.90 bagi anda yang bergaji sebanyak RM4,000 dan ke atas.

Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Boleh Tuntut Faedah Insuran Pekerjaan Sehingga 80% Gaji Bulanan. Ini Caranya Buat Tuntutan

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA FAEDAH SIP / EIS

Syarat kelayakan sekiranya anda kehilangan pekerjaan mestilah disebabkan hal-hal berikut:

  • Pembuangan kerja dan pertindihan.
  • Terima Skim Pemisahan Sukarela atau Bersama syarikat (VSS atau MSS).
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam.
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja.
  • Pembuangan kerja konstruktif (Pelanggaran kontrak oleh syarikat sehingga mengakibatkan pekerja berhenti kerja).
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja.
  • Perletakan jawatan apabila anda diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Dan, anda mestilah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-60 tahun
  • Pekerja swasta
  • Membuat caruman EIS bulanan

PERKARA YANG TIDAK MELAYAKKAN ANDA MENERIMA FAEDAH SIP /EIS

Namun, terdapat perkara-perkara yang menyebabkan anda tidak layak untuk menerima faedah ini seperti :

  • Dibuang kerja kerana salah laku
  • Perletakan jawatan secara sukarela
  • Bersara
  • Tempoh kontrak perkhidmatan telah tamat

CARA MEMBUAT TUNTUTAN FAEDAH INSURAN PEKERJAAN

Sebelum itu pastikan anda memenuhi syarat yang dikenakan dan jika layak, anda akan menerima faedah tersebut dibawah SIP Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

Untuk membuat tuntutan ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Kemukakan permohonan anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan.
  • Isikan borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Bawa bersama dokumen asal ketika berjumpa dengan pegawai PERKESO.
  • Simpan slip permohonan anda selepas menghantar borang permohonan.
  • Pastikan permohonan anda lengkap kerana permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh PERKESO.
  • Sekiranya permohonan anda lengkap dan layak serta mendapat kelulusan, bayaran bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun anda.
  • Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam tempoh 7 hari selepas pemberitahuan diterima oleh PERKESO.
  • Wajib melaporkan status anda setiap bulan pada PERKESO agar anda lebih cepat mendapat pekerjaan yang baru.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN

Antara dokumen penting yang perlu disertakan bersama permohonan ialah :

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan surat pemberhentian kerja (VSS,MSS dan lain-lain).
  3. Salinan akaun bank anda.
  4. Salinan slip gaji 6 bulan sebelum kehilangan kerja.

Sekiranya anda kehilangan pekerjaan akibat kes-kes tertentu, sila sertakan bersama dokumen seperti berikut :

  1. Salinan laporan Polis seperti kes gangguan seksual, ugutan dan lain-lain.
  2. Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya yang tidak berada dalam skop kerja anda.
  3. Dokumen lain yang berkaitan dengan kes anda.

CONTOH PENGIRAAN YANG ANDA TERIMA JIKA DIBERHENTIKAN KERJA

Diingatkan, anda akan menerima faedah ini dibawah SIP Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dengan had jumlah yang tertentu.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut :

  • Jumlah yang diberikan akan dihadkan pada gaji yang diandaikan iaitu RM4,000. Walaupun anda bergaji lebih daripada RM10,000, anda hanya menerima faedah dengan jumlah maksimum yang dibenarkan, iaitu RM4,000.

Anda akan diberi elaun minimum selama 3 bulan dan maksimum selama 6 bulan. Jumlah yang akan anda terima ialah seprti berikut :

  • Bulan pertama : 80% daripada gaji anggapan bulanan.
  • Bulan ke-2 : 50% daripada gaji anggapan bulanan.
  • Bulan ke-3 & ke-4 : 40% daripada gaji anggapan bulanan.
  • Bulan ke-5 & ke-6 : 30% daripada gaji anggapan bulanan.

Jumlah ini dikira berdasarkan anggapan gaji bulanan anda, di mana ianya adalah berdasarkan gaji anda sebelum ini.

Lihat contoh ini untuk lebih faham pengiraannya :

Jika gaji anda sebanyak RM3,569 sebulan sebelum hilang kerja, rujuk carta dari PERKESO dimana gaji bulanan anggapan anda adalah sebanyak RM3,550. Jadi, berdasarkan gaji tersebut, jumlah faedah yang anda akan terima adalah seperti berikut :

  • Bulan pertama : RM2,840 : 80%
  • Bulan ke-2 : RM1,775  : 50%
  • bukan ke-3 & ke-4 : RM1,420 : 40%
  • Bulan ke-5 & ke-6 : RM1,065 : 30%

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan Faedah Insuran Pekerjaan (SIP / EIS), sila hubungi PERKSO di :

  • 1300 22 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...