Informasi

SSPN: Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Online Untuk Anak Anda

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

16 December 2020
3 min baca
Isi Kandungan

Sudah buat persiapan tabungan anak-anak untuk masa hadapan mereka? Anda tidak perlu bersusah payah kerana anda boleh membuat pendaftaran Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus untuk anak anda secara online sahaja.

Mungkin ramai lagi yang belum tahu apakah itu akaun SSPN serta perbezaannya, teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara mendaftar Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus online langkah demi langkah.

Jadi, cepat daftar akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus online dengan segera dan siapkan tabungan masa hadapan anak-anak anda mulai sekarang.

INFO RINGKAS SSPN-i DAN SSPN-i PLUS

SSPN-i

  • Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

SSPN-i PLUS

  • SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
  • SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

SSPN: Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Online Untuk Anak Anda

PERBEZAAN AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS

Berikut adalah perbezaan antara Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus:

SSPN: Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Online Untuk Anak Anda

FAEDAH MENDAFTAR AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS ONLINE

Terdapat banyak kelebihan yang akan anda dapati apabila membuat pendaftaran dan menyimpan di akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus seperti:

  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  • Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
  • SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.

SSPN: Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Online Untuk Anak Anda

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS ONLINE

Untuk membuat pendaftaran Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik link berikut: https://sspniplus.com.my/
  • Pilih untuk mendaftar skim SSPN-i atau SSPN-i Plus. Klik salah satu skim yang anda berminat.

SSPN: Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Online Untuk Anak Anda

  • Seterusnya isikan maklumat peribadi anak dan anda.
  • Setelah siap, pilih cara membuat bayaran bulanan dan bank yang akan digunakan untuk bayaran.
  • Baca terma dan syarat dan klik SETUJU.
  • Buat bayaran dengan memasukkan deposit minima ke dalam akaun anak anda.
  • Pilih bank yang disediakan untuk melakukan pembayaran pendaftaran.
  • Kemudian maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan anda.
  • Pendaftaran anda telah siap.
Nota: Pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat tambahan mengenai SSPN-i dan SSPN-i Plus di:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.