Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Anak-Anak Ke TABIKA KEMAS Sesi 2022 Secara Online Bermula 1 Jun 2021

6,649

Nak daftar anak ke TABIKA KEMAS kerana sudah mencukupi umur?

Bagi anda yang mempunyai anak-anak berumur 3 hingga 5 tahun pula, boleh membuat pendaftaran anak-anak ke TABIKA KEMAS dan juga boleh dilakukan secara online sahaja.

Dapatkan cara membuat pendaftaran TABIKA KEMAS seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: PEMERKASA PLUS: Bantuan Tambahan BPR Isi Rumah Sebanyak RM500 & Bujang RM100, Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Hujung Jun Ini

INFO RINGKAS TABIKA KEMAS

Pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting untuk pembangunan sesebuah negara, untuk meneruskan generasi yang berpendidikan dan berpotensi untuk membangunkan Negara. Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui KEMAS adalah sebuah institut pendidikan yang memberikan pendidikan yang terawal kepada anak-anak kecil.

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 hingga 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 hingga 6 Tahun

SYARAT PENDAFTARAN KE TABIKA KEMAS 2022

Berikut adalah syarat mendaftar ke TABIKA KEMAS 2022:

  • Permohonan boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
  • Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS (https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/)
  • Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
  • Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
  • Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.
  • Profil kanak-kanak haruslah didaftarkan di PROFIL KELUARGA di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment (www.malaysia.gov.my/portalprotected/familyprofile) terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dilakukan.
  • Cetak permohonan dan DIHANTAR ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan. Borang permohonan TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN SESI 2022 TABIKA KEMAS ONLINE

Anda boleh membuat pendaftaran anak-anak ke Tabika Kemas bagi Sesi 2022 seperti berikut:

DAFTAR PENGGUNA

Untuk mendaftar sebagai pengguna, anda perlu:

Cara Daftar Anak-Anak Ke TABIKA KEMAS Sesi 2022 Secara Online

  • Klik DAFTAR.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.
  • Check emel dan dapatkan pautan URL yang dihantar dan klik pautan tersebut sebagai pengesahan pendaftaran.
  • Seterusnya, cipta KATA LALUAN, PENGESAHAN KATA LALUAN dan CAPTCHA untuk aktifkan akaun.
  • Pilih KATA LALUAN untuk pengesahan.
  • Seterusnya LOG MASUK dengan menggunakan ID PENGGUNA atau KAD PENGENALAN/NOMBOR PASPORT/EMEL.
  • Kemudian kemaskini atau semak profil yang telah anda daftarkan.

BUAT PENDAFTARAN TABIKA KEMAS 2022 ONLINE

Untuk mendaftar pula, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/
  • Klik BORANG PERMOHONAN dan pilih NOMBOR MYKID. Sekiranya tiada senarai NOMBOR MYKID untuk dipilih, anda diminta untuk mengemaskini PROFIL KELUARGA di MYDASHBOARD PENGGUNA.
  • Masukkan maklumat anak yang ingin didaftarkan ke dalam SENARAI PROFIL KELUARGA.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat seterusnya klik SIMPAN.
  • Buat pengesahan setelah selesai dan anda akan menerima notis permohonan telah berjaya.
  • Akhir sekali cetak borang permohonan anda bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
Nota: Senarai Nombor Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN TABIKA KEMAS ONLINE SESI 2022

Lengkapkan pendaftaran anda dengan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Online yang telah dicetak
  • Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  • Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • 1 Salinan MYKID Kanak-kanak.
  • 1 Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
  • Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Nota: Hantar dokumen ini dalam masa 2 minggu selepas anda membuat pendaftaran secara online sepanjang tempoh pendaftaran online.

BORANG PENDAFTARAN TABIKA KEMAS 2022

Dapatkan borang pendaftaran TABIKA KEMAS 2022 seperti berikut:

Atau download di sini: BORANG PENDAFTARAN TABIKA KEMAS

Anda juga boleh dapatkan borang pendaftaran di semua TABIKA KEMAS yang berhampiran atau di Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Baca juga: Daftar & Tebus Kredit Percuma e-Belia RM150 Boost e-Wallet. Ini Cara Daftarnya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2022 di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...