Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Percuma Untuk Belia B40, Ibu Tunggal & Pelajar

4,138

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan untuk meluaskan skim pendaftaran SSM percuma kepada golongan yang memerlukan seperti Belia B40, Ibu Tunggal dan pelajar sepenuh masa melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP), para belia dan ibu tunggal dari golongan B40 berpeluang untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di SSM.

Anda juga boleh rujuk artikel sebelum ini berkenaan  pendaftaran perniagaan percuma ibu tunggal dan belia B40 disini.

TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN SPPP SSM

Tarikh permohonan pendaftaran adalah bermula pada:

  • 22 Disember 2020

TUJUAN SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) SSM

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini dwujudkan dengan tujuan:

  • Membantu golongan belia dan ibu tunggal untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara.

Cara Daftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Percuma Untuk Belia B40, Ibu Tunggal & Pelajar

SYARAT KELAYAKAN SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) SSM

Syarat kelayakan untuk Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah mengikut kategori seperti berikut:

1. KATEGORI BELIA B40

  • Berumur 18 hingga 30 tahun.
  • Mengikut umur maksima berdasarkan definisi Dasar Belia Malaysia
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/).
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

2. KATEGORI IBU TUNGGAL

  • Berumur 18 hingga 30 tahun.
  • Mengikut syarat seperti yang didefinisikan sebagai ibu tunggal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/).
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

3. KATEGORI PELAJAR

  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

CARA MENDAFTAR SSM PERCUMA SPPP

Untuk membuat pendaftaran SSM percuma SPPP, anda perlu membuat permohonan di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian berikut:

Telefon: 03-7721 4000

Emel: [email protected]

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...