Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor

3,810

Ibu bapa yang mempunyai bayi kelahiran Johor lahir bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2021 boleh membuat permohonan pendaftaran Dana Didik Johor bagi tahun 2021 dengan caruman sebanyak RM100.

Program ini merupakan lanjutan daripada Program Dana Didik Harapan Johor pada tahun 2020.

Selain itu, caruman RM100 juga diberikan secara kepada percuma dan ia bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk membuat simpanan untuk anak-anak dengan mendaftarkan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Baca juga: RM450 Bakal Diterima Oleh Setiap Ibu Yang Melahirkan Anak. Lihat Cara Permohonan Disini

MATLAMAT UTAMA DANA DIDIK JOHOR

Matlamat utama program ini adalah untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak di negeri Johor khususnya bagi tujuan pendidikan.

TEMPOH PERMOHONAN DANA DIDIK JOHOR

Tempoh permohonan Dana Didik Johor adalah:

  • 1 Januari 2021 hingga 31 Disember  2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DANA DIDIK JOHOR

Antara syarat kelayakan untuk permohonan Dana Didik Johor ialah:

  • Kelahiran bayi sepanjang 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021
  • Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada
  • Ibu bapa yang lahir di negeri Johor.
  • Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor.
  • Pendapatan keseluruhan ibu bapa di bawah RM7,000 sebulan.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN DANA DIDIK JOHOR

Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan Dana Didik Johor iaitu:

ONLINE

  • Muat turun borang di: http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/
  • Daftar Sijil Kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara, kemudian sertakan sekali borang permohonan tersebut bersama dokumen sokongan yang telah dicop oleh Ketua Kampung atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.
  • Emelkan semula di: [email protected] 
  • Hantar terus ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

DOWNLOAD BORANG

MANUAL

  • Dapatkan borang di mana-mana kaunter seperti wad-wad bersalin hospital utama di negeri Johor, Jabatan Pendaftaran Negara di negeri Johor, Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor, dan Pejabat Yayasan Pelajaran Johor.
  • Serahkan borang yang lengkap di mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan dalam negeri Johor.

NOTA: Permohonan yang berjaya, pihak PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100 kepada pemohon melalui pos.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK DANA DIDIK JOHOR

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN
  • Salinan Sijil Kelahiran bayi.
  • Slip Penyata Pendapatan Gaji ibu dan bapa.
  • Borang Pengesahan Pendapatan Gaji sekiranya ibu bapa tidak mempunyai slip penyata pendapatan atau tidak bekerja.

Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Dana Didik Johor sila hubungi Yayasan Pelajaran Johor di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...