Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dapat RM250 Hingga RM500. Mohon Segera Bantuan Ihsan Covid-19 Negeri Johor.

4,181

Berita baik buat rakyat Negeri Johor yang tidak menerima BPN atau yang tergolong daripada golongan M40 serta bukan warganegara yang layak, anda bakal menerima bantuan ihsan daripada kerajaan negeri Johor.

Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu individu yang kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan ketika ini.

e ihsan johor

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan kepada yang layak adalah :

  • RM250 / RM500

Pembayaran akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor

Sekiranya tiada maklumat bank, bayaran tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

ihsan johor2

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Wargananegara Malaysia
  • Menetap di Negeri Johor
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Maklumat lengkap disertakan sekali Salinan Kad Pengenalan atau Passport

Kumpulan Sasaran

  • Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima sebarang bantuan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan namun wajar dipertimbangkan bagi bantuan tambahan
  • Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor dan terputus sara hidup berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor dan terputus sara hidup berikutan lanjutan tempoh PKP (Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor)

Kaedah Permohonan

Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati melalui pautan di bawah:

Borang Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Johor

Borang yang lengkap diisi perlu mendapat pengesahan oleh Ejen Pusat Saluran Utama yang telah dilantik.

Pusat Saluran Utama

Borang yang telah lengkap hendaklah disokong oleh ejen-ejen yang dilantik melalui empat saluran utama iaitu:

1. Pusat Saluran Pejabat Menteri Besar 

Contoh Ejen

  • YB Dato’ Zulkurnain Bin Haji Kamisan
  • YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
  • YBhg. Datuk Tee Siew Kiong

2. Pejabat-pejabat Daerah

Contoh Ejen

  • Penghulu
  • Ketua Kampung

3. Pihak-pihak Berkuasa Tempatan

Contoh Ejen

  • Ahli Majlis
  • Ketua Jabatan PBT

4. Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

Contoh Ejen

  • Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)

Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor

Untuk pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan tidak perlu dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan tersebut perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

Semakan Status

Bagi permohonan yang berjaya, bayaran bantuan akan disalurkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electric Fund Transfer (EFT). Jika tiada akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Pusat Saluran

Penerima yang layak mendapat bantuan ini boleh membuat semakan status melalui link berikut :

Carta Aliran Prosedur Bantuan Ihsan

Berikut adalah carta aliran bagi proses permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor sebagai rujukan semua

carta aliran

Maklumat Dan Pertanyaan

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Ihsan COVID-19 Johor, sila layari pautan atau nombor telefon Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan Covid-19 Johor seperti di bawah :

  • Telefon : 07-2666766
  • Emel : [email protected]
  • ihsan.johor.my
  • Bilik i-Speks Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, 79100 Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anak-anak Johor mendapat bantuan yang sewajarnya.

Sumber :

  • Ihsan Johor
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...