Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Digaji Lebih RM100K Hanya Untuk Tidur Sebagai “Sleep Executive”, Apply Di Sini

1,551

Kerja Tidur

Biar betul tawaran kerja ini. Hanya dengan melakukan ‘Kerja Tidur’ sahaja anda akan mendapat gaji sehingga lebih RM100,000.

Syarikat yang menawarkan pekerjaan ini ialah Syarikat Hillarys iaitu syarikat pembekal peralatan rumah daripada United Kingdom.

kejatido

Satu Eksperimen

Ini bukanlah satu kerja yang mudah buat anda iaitu tidur sahaja tetapi ianya merupakan satu eksperimen tidur dan berkaitan dengan peralatan kelengkapan rumah yang mereka bekalkan.

Eksperimen ini akan menguji anda dimana anda akan masuk tidur dalam keadaan yang berbeza. Mereka akan melihat bagaimana gangguan cahaya dan bunyi mengganggu anda ketika tidur iaitu penggunaaan tirai yang gelap, penggunaan cahaya dan bunyi-bunyian yang berbeza.

Kemudian calon akan diminta untuk memakai alat pemantau tidur semasa mereka tidur sehingga mereka dapat menentukan bagaimana keadaan yang berbeza mempengaruhi calon semasa tidur. Kemudian calon akan diminta untuk menjawab soalan sehingga mereka dapat melihat perbezaan lingkungan yang telah disusun.

bilik gelap

Bagaimana Memohon

Jika anda berminat dengan pekerjaan ini dan sanggup melakukan eksperimen di atas, anda boleh memohon di laman berikut :

https://www.hillarys.co.uk/static/sleep-executive/

tidur anak2

Mudah bukan?

Jika sesiapa yang bertanya apakah pekerjaan anda, jawab sahaja, ” Saya kerja tidur”.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • Hillarys
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...