Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

e-Operasi: Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM 2017

0 3,039

Untuk makluman semua guru, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah melaksanakan verifikasi data guru bagi semua Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah melalui sistem e-Operasi atau Modul Pengurusan Guru.

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

  • Pentadbir Sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah)
  • Pengguna (guru dan bukan guru)

e-Operasi: Kemaskini Maklumat Guru

Semua bahagian Sektor Operasi Pendidikan iaitu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan perlu memastikan maklumat guru adalah sahih, tepat dan terkini.

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian adalah seperti berikut:

  • Pengguna – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
  • Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Modul Pengguna

Berikut dikongsikan modul pengguna sistem e-Operasi.

Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.

e-operasi

Untuk pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran pengguna baru.

Hanya klik “Pendaftaran Pengguna” atau layari https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

login eoperasi

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.

Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.

Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.

kemaskini maklumat guru

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...