eBelia IYRES: Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia

3,396

e-Belia merupakan satu portal yang sangat bermanfaat buat seluruh belia Malaysia kerana ia sangat membantu belia-belia ini untuk mendapatkan pelbagai informasi yang berkaitan dengan peluang pekerjaan terutamanya.

Antara maklumat yang tersedia dalam portal e-Belia ini ialah:

  • Peluang pekerjaan.
  • Peluang untuk mencipta pekerjaan termasuk dalam bidang GIG ekonomi dan keusahawanan.
  • Peluang pembangunan latihan dan kemahiran.
  • Dana dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
  • Informasi berkaitan belia.

3 PROGRAM UTAMA GIG YOUTH X-POSE E-BELIA

Jika anda lihat dengan teliti, portal ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan seterusnya terhasil satu program yang dinamakan GIG Youth X-Pose.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam ekonomi GIG sebagai satu pekerjaan yang menjana pendapatan secara tetap atau sambilan.

3 program tersebut ialah:

1. GIG YOUTH

Fokus kepada belia yang berminat untuk melakukan kerja-kerja secara teras seperti:

  • Rider
  • Data entri
  • Krew membuat tinjuan
  • Event crew

2. DIGITAL FREELANCE

Fokus kepada belia yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran khusus seperti:

  • Web dseigner
  • Content creator
  • Content writer
  • Editor
  • Pereka grafik
  • Recruiter

3. PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri berjumlah RM35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.

Nota: Untuk memudahkan pencarian kerja, portal e-Belia ini dihubungkan dengan sistem carian pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu Portal Pekerjaan EISJob sekaligus membantu para belia dan graduan mendapatkan peluang pekerjaan.

Melalui portal EISJob ini para belia dan graduan yang berdaftar juga akan dilibatkan secara aktif untuk menyertai Program Pasaran Buruh Aktif Semasa, Siri Program Temuduga Terbuka, dan Program Kebolehpasaran pekerjaan oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri yang dianjurkan oleh PERKESO.

PROGRAM IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

Untuk program ini pula, para belia berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada Crew ICE yang akan membantu menjalankan penyelidikan secara empirikal seperti:

1. Enumerator

Enumerator ialah petugas yang menjalankan aktiviti pengumpulan data semasa kerja lapangan kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.

2. Pengekod data

Pengekod data adalah petugas yang menjalankan aktiviti pengekod data (data entry) daripada dokumen/instrumen kepada sesuatu sistem atau perisian yang telah ditetapkan.

3. Transcriber

Transcriber pula adalah petugas yang menjalankan aktiviti transkripsi atau proses penyalinan data penyelidikan daripada bahan rakaman semasa melaksanakan proses pungutan data di kajian lapangan.

CARA MENDAFTAR E-BELIA

Untuk mendaftar e-Belia, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

eBelia IYRES: Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia

  • Isikan maklumat lengkap seperti NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, KATA LALUAN DAN EMEL yang masih aktif.
  • Seterusnya, klik DAFTAR PENGGUNA.
  • Masuk ke emel anda dan klik BUTANG PENGESAHAN yang diberikan melalui mel tersebut.
  • Anda akan dibawa ke tab browser yang baharu dan memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda telah berjaya.
  • LOG MASUK dengan memasukkan emel dan kata laluan anda.
  • Setelah anda berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan dashborad profil anda.
  • Klik MYDASHBOARD dan klik KEMASKINI PROFIL untuk mengemaskini profil anda dan pengalaman terdahulu serta dokumen sokongan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin dapat info selanjutnya mengenai e-Belia IYRES, anda boleh hubungi e-Belia di saluran berikut:

Atau hubungi:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...