Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

2,031

Sedang berniaga tetapi pendapatan semakin menyusut akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda? Anda juga ingin dapatkan modal perniagaan agar perniagaan semakin berkembang maju namun tidak tahu sumbernya dengan tepat.

Berita gembira, MDEC ada menyediakan satu pembiayaan kewangan secara digital iaitu eBerkat. Ia merupakan satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan perkhidmatan kewangan digital khususnya kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

3 KATEGORI e-BERKAT MARKETPLACE

eBerkat Marketplace ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  • Pembiayaan Mikro
  • Insurans Mikro
  • Pelaburan Mikro

1. Pembiayaan Mikro

Pembiayaan mikro disediakan untuk usahawan mikro yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kelebihan yang boleh didapati oleh para usahawan mikro dan peniaga kecil sederhana yang lain melalui Pembiayaan Mikro ini ialah:

  • Pembiayaan modal untuk usahawan PKS Mikro.
  • Membuka peluang kepada usahawan PKS Mikro yang tidak mempunyai akses ke sumber kewangan tradisional seperti bank.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

2. Insurans Mikro

Untuk Insurans Mikro pula ia merupakan satu bentuk perlindungan kepada individu yang bekerja sebagai pemandu servis penghantaran makanan contohnya. Kelebihan yang didapati sekiranya anda mengambil Insurans Mikro ialah:

  • Perlindungan insurans kepada individu.
  • Harga yang berpatutan dan agak rendah kerana caruman adalah mengikut keperluan.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

3. Pelaburan Mikro

Jika and ingin dapatkan sumber pendapatan secara pasif serta simpanan pada hari tua anda, inilah pelaburan yang selamat dan sesuai untuk anda. Ia dapat membantu anda untuk membuat simpanan serta mempunyai pendapatan dikemudian hari. Antara kelebihan dan faedah yang didapati dari Pelaburan Mikro ialah:

  • Simpanan wang dengan jumlah yang kecil secara berkala.
  • Membuka halangan tradisional pelaburan seperti akaun minimum pembrokeran, pendapatan dan aset terhad dan lain-lain.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

CARA MOHON e-BERKAT MARKETPLACE

Untuk mohon e-Berkat Marketplace, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

  • Klik: eBERKAT REGISTER
  • Kemudian klik pada gambar dibawah untuk pilihan jawapan anda.
  • Kemudian klik SETERUSNYA.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

  • Isikan maklumat anda dan klik DAFTAR.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

  • Anda perlu mengisi OTP NUMBER dan klik MINTA SMS OTP untuk penghantaran nombor OTP tersebut. Isikan nombor tersebut setelah dihantar melalui SMS anda.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

  • Klik pada kategori pilihan anda sama ada Insurans Mikro, Pembiayaan Mikro atau Pelaburan Mikro.

Anda perlu mengisi OTP NUMBER dan klik untuk penghantaran nombor OTP tersebut. Isikan nombor tersebut setelah dihantar melalui SMS anda.

  • Pilih mana-mana institusi yang bersesuaian dengan anda. Contohnya As-Sidq.

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

eBerkat Marketplace: Pembiayaan Kewangan Digital Untuk B40 & PKS

  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Klik MOHON SEKARANG dan HANTAR PERMOHONAN ANDA.

Untuk lebih jelas, rujuk video ini.

INFO LANJUT

Dapatkan info selanjutnya di:

  • Fintech & Islamic Digital Economy Division,
    Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC) Sdn Bhd,
    2360 Persiaran APEC,63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan
  • 1-800-88-8338 (Malaysia)
  • +6 03 8315 3000 (Antarabangsa)
  • +6 03 8315 3115 (Fax)
  • Email: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...