Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Format Resume Untuk Lepasan Graduan & Sekolah Menengah. Ikut Tips Dan Contoh Ini

4,884

Tidak dinafikan bahawa resume sangat penting untuk sesiapa sahaja yang ingin memohon pekerjaan. Tidak kiralah anda seorang lepasan graduan, kolej, sekolah atau sudah mempunyai pengalaman bekerja.

Tetapi resume bagi lepasan graduan atau sekolah sangat berbeza kerana anda mempunyai pengalaman kerja yang sangat terhad.

Resume Untuk Fresher?

Bagi anda yang merupakan seorang fresher, digalakkan untuk membuat resume anda menggunakan format functional dimana resume ini lebih menonjolkan kemahiran dan kebolehan anda dan bukannya menumpukan pada pengalaman anda.

resume 5

Mengapa Format Resume Ini Penting?

Untuk menghasilkan resume functional ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1. Baca maklumat jawatan terlebih dahulu

  • Membaca skop dan bidang pekerjaan dengan teliti.
  • Letakkan di dalam resume anda dengan kemahiran dan kualiti yang khusus dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Jika pekerjaan yang dipohon adalah pembantu makmal, pastikan anda mempunyai kemahiran seperti mahir menggunakan peralatan makmal, mahir mengenalpasti bahan kimia, mahir menggunakan Microsoft Excel untuk menyimpan data serta mahir dengan Matematik Tambahan contohnya.

pembantu makmal

2. Masukkan maklumat diri

Pastikan anda memasukkan maklumat diri dengan lengkap seperti :

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Alamat penuh
  • Emel
  • Pautan media sosial
  • Pautan web profesional

Pautan web profesional yang diletakkan boleh menjadi portfolio kerjaya anda jika ada. Ia juga menggambarkan bahawa anda bersedia untuk bekerja dan ia menjadi salah satu dokumen sokongan untuk dinilai oleh pihak majikan.

Contoh maklumat :

  • Julia Natasha
    Lorong 5, No 8,
    Taman Kosa Kata, 56700 Seremban, Negeri Sembilan.
    6017-5678910
    [email protected]
    bijakkimia.com

3. Ringkasan yang hebat dan menarik 

Ringkaskan serba sedikit maklumat peribadi anda seperti :

  • Matlamat kerjaya
  • Siapa anda
  • Mengapa anda harus dipilih
  • Mempunyai mesej ringkas tentang minat dan pengetahuan anda terhadap jawatan yang dipohon

Contoh :

“Seorang graduan seni bina dari salah sebuah universiti berprestij di Malaysia. Saya berjaya memperoleh gred yang cemerlang untuk kursus pembelajaran saya. Saya mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai misi dan visi syarikat yang sangat bernilai buat saya dan syarikat. Saya kini mencari peluang untuk mengasah bakat dan ingin mengembangkan kerjaya sebagai seorang arkitek yang kreatif dan penuh inovasi bersama Global Architect.”

4. Pilih kemahiran yang ingin anda ketengahkan

Masukkan kemahiran yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Untuk meletakkan kemahiran yang sesuai, anda perlu membaca senarai bidang tugas pekerjaan tersebut terlebih dahulu dan cari kata kunci yang terdapat di dalam senarai tugas yang telah dinyatakan.

Cari kata kunci yang digunakan majikan dan masukkan kata kunci tersebut ke dalam resume anda. Rujuk soalan-soalan seperti berikut:

  • Apakah set kemahiran yang dicari bakal majikan?
  • Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada organisasi bakal majikan?
  • Adakah kursus yang diambil dapat membantu mempersiapkan diri anda untuk jawatan tertentu?

Contoh kemahiran yang boleh diletakkan ke dalam resume anda :

  • Kemahiran komputer: Mahir
  • Kemahiran matematik: Mahir
  • Kemahiran berkomunikasi: Sangat mahir
  • Kemahiran perkhidmatan pelanggan: Sangat mahir
  • Pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah: Mahir

mahir math

5. Maklumat pendidikan, latihan dan sijil

Lengkapkan bahagian pendidikan dengan pencapaian akademik anda. Ia merangkumi pengajian anda sama ada di universiti, kolej, lesen profesional dan sijil ikhtisas dan latihan profesional tambahan. Sekiranya anda memperoleh kepujian, gred atau biasiswa khas, anda juga boleh masukkan maklumat tersebut di bahagian ini.

Contoh :

  • Sijil Kesihatan Pekerja dan Tempat Kerja (NOSS)
    April 2016 – Sekarang
    Universiti Malaysia Perlis
  • Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Kesihatan Pekerja
    Ogos 2015 – Mei 2019
  • Biasiswa Persatuan Kehormat Negara
    Dianugerahkan 2016 – 2019

6. Masukkan pengalaman yang bersesuaian

Masukkan pengalaman seperti internship atau projek sukarelawan serta projek kerja khusus semasa belajar kerana ianya merupakan bukti yang sesuai berkaitan kemahiran dan pengetahuan anda. Bahagian ini mestilah mengandungi nama projek dan penerangan ringkas mengenai apa yang anda lakukan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Contoh :

Youth Reach Out Charities, Kuantan, Pahang.
Jurulatih Sukarela Belia
Ogos 2017 – SekarangSaya bertanggungjawab untuk bekerja secara langsung dengan remaja dalam situasi berisiko dan memberi mereka sumber pendidikan dan motivasi yang mereka perlukan untuk memberi impak  dalam kehidupan yang positif.

Pengalaman ini mengajar saya betapa pentingnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan membantu orang lain yang kurang bernasib baik untuk memberikan mereka bantuan untuk membuat perubahan.

7. Proofread atau membaca semula

Setelah resume anda siap, baca semula resume anda dan pastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa.

Anda boleh meminta rakan atau ahli keluarga anda untuk membaca dan semak resume anda.

Tips Maklumat Tambahan

  • Masukkan minat dan hobi yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Anda boleh masukkan penghargaan atau pengiktirafan khas yang anda perolehi kerana ia menunjukkan tahap dedikasi dan etika kerja anda.
  • Jadikan resume anda dalam satu muka surat sahaja. Masukkan maklumat yang penting dan pastikan resume anda ringkas dan jelas.
  • Tonjolkan kesediaan anda untuk belajar dan boleh ditunjuk ajar. Kebanyakan majikan lebih suka memilih calon yang mempunyai kriteria berfikiran terbuka dan sedia untuk ditunjuk ajar dengan perkara yang baru berkaitan syarikat mereka. Masukkan penghargaan atau anugerah yang anda perolehi dibahagian ini.
  • Masukkan maklumat seperti kemahiran berbahasa, pencapaian dan anugerah sekiranya mempunyai ruang di dalam resume dan pastikan ianya berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

sukarelawan

Diharap para lepasan universiti atau lepasan sekolah memanfaatkan maklumat yang dikongsikan ini dengan menghasilkan resume yang sesuai untuk memohon pekerjaan.

Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...